Pages

Tuesday, December 13, 2011

Bijak Anakku .....

Masa kini
anak-anakku semakin bijak !

Bijak berbicara...macam-macam perkara..mengadu itu dan ini..
Adik pula mahu juga berbicara tapi tidak tahu apa yang diperkatakan hanya mampu berbicara bahasa bayi tapi sesunggunya aku masih mampu memahami kehendakmu...

Bijak bermain - bermain puzzle, berimaginasi membawa kapal terbang, bermain bola, bermain anak patung, membawa basikal, mengoyak buku, menggigit barang permainan! apabila mendengar muzik, adik akan mengoyangkan badan ke depan ke belakang ke kiri dan kanan !

Bijak makan - pandai memilih makanan mana yang sedap, mana yang tidak..mana yang manis dan terlarang (fastfood dan junk food) juga jadi pilihan tapi mummy masih mampu mengawal..selepas makan memang suka bertaburan di hamparan, campak makanan dan memindahkan makanan dari satu pinggan ke pinggan yang lain..sangat kreatif anakku !

Bijak Solat - pandai meniru utk bersolat dan juga mengambil wuduk..tetapi abang kalau nk bersolat mesti mahu sejadah kecil..jika sejadah kecil itu hilang..haru jadinya...rukuk, sujud, duduk antara dua sujud telah mahir..angkat jari telunjuk juga sangat pandai ketika duduk tahiyat akhir,...ketika mummy bersolat, abang sebok angkat telekung mummy nak tengok jari telunjuk mummy dah dinaikkan atau belum...abang akan baca ayat sendiri ketika berdiri..tapi bila tahyat akhir akan baca "Attahiya...attahiya..." tu je la yg dia tahu..takpe practice make perfect!

Bijak Bergaduh,Berebut - ohw,skill yang ni memang kedua-dua adik dan abang sangat tak payah ajar..masing-masing nak menang tak nk kalah..si abang kadangkala mengalah apabila adik merampas mainan atau buku..adik akan menang kerana jeritan yang sangat nyaring dan kuat..!!! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Semoga anak-anakku akan lebih bijak di masa akan datang.....terima kasih Ya Allah..

Lesu

Entah mengapa
Hari ini mood sedikit lari
Rasa tidak menentu ...
Mengantuk !
Terhantuk !
Tersengguk sengguk!
Walaupun kerja berlonggok longgok minta di sogok untuk diprioritikan

Apakan daya
hanya mampu buat yang mana dan
hati meronta ingin berada di atas bantal empuk sambil berselimut tebal
oh indah nya nikmat jika kenyataannya begitu

Tapi aku tidak mampu....

Huarghhhhhhhhhhhhhh menguap panjang ...

Rindukan Ombak

Apa ada dengan filem ini ?

Fenomena Aaron Aziz...wahhh

Mummy dah tgk filem ni kat TGV KLCC masa mummy Ngah dtg sini utk course aritu..

so far mummy boleh la bg rating 4/5 utk jalan cerita n lakonlayar nya...

ada setengah org berkata sangat sedih n touching sepanjang cerita, tp bagi mummy takde la asek je nk meleleh airmata...bnyk yg kelakar dari yg sedih-sedih...satu panggung pun gelak sakan dan tak banyak yang nangis beria...tapi ada juga akui ada adegan scene sedih ...

tapi mmg sangat best la jalan cerita n penerapan lagu utk filem ni- kredit to Adira & Hafiz utk OST Ombak Rindu dan lagu Untuk Kamu...

Selain Para Pelakon yang tentunya Hot iaitu Aaron Aziz, scenematografi yang sangat indah amat memikat hati mummy..walaupun jalan cerita novel lagi best sebenarnya dari filem ini. ..

meh tgk apa yg best :

1. Indah Panorama- Rumah Abang Hariz sgt 'Impiana'- Rumah kampung yang berkonsep moden, tepian pantai yang mempunyai buai menghadap laut, susun atur perabut, senibina (terutamanya toilet dan lanskap) begitu juga rumah Ibu Hariz n kebun teh..oh wow

2. Sweet as Candy- apabila hantaran perkahwinan mereka hanya seutas jam tangan sendiri dan saling bertukar ~so sweet..Scene Izzah bukakkan kasut dan stokin Hariz pun sgt sweet juga..=)

3. Lawak Ha ha ha - Watak Pak Dolah sebenarnya kelakar juga apabila membuat dialog sedih meniru percakapan bapa Hariz ketika mahu mengambil anak nya sebagai anak angkat-1 panggung gelak lagi..
Pak Dollah juga berusaha mengejar kereta Hariz yang tentunya Hariz takkan berhenti ketika Izzah jatuh dan mengalami pendarahan. sangat lawak watak itu sbb semua dah tolong Izzah jatuh time tu, pak Dollah sebok dok kejar kereta si Hariz lagi..pastu bila panggil baru patah balik..kikiki...pastu masa adegan di tepian ombak pantai antara Izzah dan hariz tetiba ada plak crew filem ke ntah org kampung yg lalu kat belakang diorng..huhu spoil mood romantiss okay..

4. Sedih sob sob - apabila di awal cerita, Izzah dipaksa utk bekerja oleh bapa saudaranya ...lepas tu part Izzah berjumpa Hariz di kenduri rumah Pak Dollah..masa tu Izzah dan Hariz sangat merindui setelah lama tidak pulang ke rumah apabila menikahi Mila....sgt touchy..part Izzah kena halau dengan Ibu Hariz, Izzah di marahi dengan sumpah seranah oleh Hariz di rumah Pak Dolah apabila ibunya sendiri memfitnah Izzah..

5. Terlalu sekejap - mmg tak puas tgk sekali filem ni..hahahaa...harap pasni ada kat Astro First pula..


Ni sinopsis filem ini :

"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?"

Friday, November 18, 2011

Terima Kasih Mak!

Entry ni Mummy tujukan khas utk Tokma...
Mmg setelah menjadi ibu/mak..barulah kita tahu bagaimana pengorbanan seorang ibu..
kenapa dia risau, kenapa dia marah, kenapa dia membebel, kenapa tak boleh...kenapa dia buat itu dan ini..

Bila Mukhrizz, Marissa & adik2 besar nanti (wah..adik2.?..kikiki..insyaAllah) dan menjadi seorng ibu dan bapa, baru akan merasai pengorbanan terbesar Mummy..tapi Mummy tidak mahu anak2 mummy terlambat menghargai pengorbanan ibu..just hormati dan sayangi Mummy seadanya..kerana di situ lah terletaknya syurga...

Mum,
You may be treated like a Maid,
You may be treated like a Gardener
You may be treated like a Daycare
You may be treated like a Chauffer
You may be like many things...
But one thing is for sure,
You will always be LOVED
For a fathers work may be from sun up till sun down
But a mothers work is never down
And all that I have, am and hope to be, I owe You
So this is for all the times I forgot to say Thank You!!

Wednesday, November 16, 2011

Sessi bersembang-sembang dengan Mukhriz

Sessi 1

Di suatu petang selepas mummy balik dari kerja..

Situasi di dalam kereta

Mummy : papa..teringin la mummy makan char kuew teow
Papa : Kalau camtu kita pergi Bandar Baru la..carik ..ok!
Mummy : Mukhriz nak makan apa?
Mukhrizz : Mukiz nk makan sate !
Papa : okay kita beli char kuew teow dulu

Lepas beli CKT, kat bukit indah...papa masukkan CKT itu di dalam kereta dan letak di bahagian belakang kereta tempat duduk mukhriz...

Mukhriz : papa apa tu papa?
Papa : CKT !
Mukhrizz : Mummy, papa tak beli sate pun !!
Mummy : papa beli CKT dulu la..pasni kita g beli la sate..

ahahaha..lawak betul..dengan nada merajuk dia tarik muka n mula merengek2 nak sate...

Laaa dah pandai demand rupanya...ingtkan selama ini dia selamba je..tak sangka pulak dia ada keinginan nk makan sate..kikiki..sorry la Mukhriz..kami dlm proses memahami perasaan anak kecil..maafkan papa & mummy..wink!


Sessi ke 2

Sedang papa sibuk mengkaji spefikasi Galaxy Tab vs Ipad2 di laptop HP Mini..

Mukhrizz : papa..mukhriz nak ni..(sambil menunjuk ke arah gambar GalaxyTab
Papa : Mukhriz nak buat apa?
Mukhrizz : nak main tenet
Papa : hah..nak main internet...pastu nak main apa lagi?
Mukhrizz : Pastu nak main Angry Bird
Papa : macamana nk main Angry Bird?
Mukhrizz : Camni..tarik...lepas.... ( sambil menunjukkan aksi jari di skrin komputer)

Wah..ntah mana dia belajar nak main internet tu..pastu tau plak bendalah tu utk apa..
advance anak-anak zaman sekarang...tang sangka pulak dalam diam, dia belajar dan meniru perbualan dan percakapan kita.. Beware..SO KENA la tunjuk contoh yang baik kepada anak2..

Saturday, November 12, 2011

50 Tips bayi cemerlang

Entry ini untuk rujukan mummy n juga mummy2 yg lain...
kadangkala kita selalu marah bila anak2 main tisu, koyak kertas,dan main hujan
tetapi tahukah kita bahawa itu semua adalah salah satu proses pembelajaran utk anak2..
mari kita belajar tips ini :

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian b...egini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.


46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN “TIRU-MENIRU”

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

howeee...

hari ini adalah 11 November 2011...sangat special okay,hanya sekali seumur hidup!

pada hari ini tika jejari ini menari, Mukhrizs baru lepas hisap susu selepas berpenat lelah bermain game di Ipad..(huh bebudak zaman sekarang..)

marissa- senang enak lena diulit mimpi dalam buaian...sedikit selsema dan sekarang belajar utk berdiri...wahh..skip merangkak yer

papa - pergi klinik gigi atas urusan pergigian..

mummy -mc pada hari ini sbb tokma pun domam gak

mungkin pada tarikh ini diorng sebok nak memilih tarikh untuk bernikah, bersunat, akikah, bertunang dan sebagainya...

ok pada hari ini kini memiliki keluarga yg bahagia...Amin

Semoga hidup kita penuh barakah dan berkekalan selamanya hingga ke syurga...

yey..11.11.11 !!!