Entry ni Mummy tujukan khas utk Tokma...
Mmg setelah menjadi ibu/mak..barulah kita tahu bagaimana pengorbanan seorang ibu..
kenapa dia risau, kenapa dia marah, kenapa dia membebel, kenapa tak boleh...kenapa dia buat itu dan ini..
Bila Mukhrizz, Marissa & adik2 besar nanti (wah..adik2.?..kikiki..insyaAllah) dan menjadi seorng ibu dan bapa, baru akan merasai pengorbanan terbesar Mummy..tapi Mummy tidak mahu anak2 mummy terlambat menghargai pengorbanan ibu..just hormati dan sayangi Mummy seadanya..kerana di situ lah terletaknya syurga...
Mum,
You may be treated like a Maid,
You may be treated like a Gardener
You may be treated like a Daycare
You may be treated like a Chauffer
You may be like many things...
But one thing is for sure,
You will always be LOVED
For a fathers work may be from sun up till sun down
But a mothers work is never down
And all that I have, am and hope to be, I owe You
So this is for all the times I forgot to say Thank You!!
Friday, November 18, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Sessi bersembang-sembang dengan Mukhriz
Sessi 1
Di suatu petang selepas mummy balik dari kerja..
Situasi di dalam kereta
Mummy : papa..teringin la mummy makan char kuew teow
Papa : Kalau camtu kita pergi Bandar Baru la..carik ..ok!
Mummy : Mukhriz nak makan apa?
Mukhrizz : Mukiz nk makan sate !
Papa : okay kita beli char kuew teow dulu
Lepas beli CKT, kat bukit indah...papa masukkan CKT itu di dalam kereta dan letak di bahagian belakang kereta tempat duduk mukhriz...
Mukhriz : papa apa tu papa?
Papa : CKT !
Mukhrizz : Mummy, papa tak beli sate pun !!
Mummy : papa beli CKT dulu la..pasni kita g beli la sate..
ahahaha..lawak betul..dengan nada merajuk dia tarik muka n mula merengek2 nak sate...
Laaa dah pandai demand rupanya...ingtkan selama ini dia selamba je..tak sangka pulak dia ada keinginan nk makan sate..kikiki..sorry la Mukhriz..kami dlm proses memahami perasaan anak kecil..maafkan papa & mummy..wink!
Sessi ke 2
Sedang papa sibuk mengkaji spefikasi Galaxy Tab vs Ipad2 di laptop HP Mini..
Mukhrizz : papa..mukhriz nak ni..(sambil menunjuk ke arah gambar GalaxyTab
Papa : Mukhriz nak buat apa?
Mukhrizz : nak main tenet
Papa : hah..nak main internet...pastu nak main apa lagi?
Mukhrizz : Pastu nak main Angry Bird
Papa : macamana nk main Angry Bird?
Mukhrizz : Camni..tarik...lepas.... ( sambil menunjukkan aksi jari di skrin komputer)
Wah..ntah mana dia belajar nak main internet tu..pastu tau plak bendalah tu utk apa..
advance anak-anak zaman sekarang...tang sangka pulak dalam diam, dia belajar dan meniru perbualan dan percakapan kita.. Beware..SO KENA la tunjuk contoh yang baik kepada anak2..

Saturday, November 12, 2011
50 Tips bayi cemerlang
Entry ini untuk rujukan mummy n juga mummy2 yg lain...
kadangkala kita selalu marah bila anak2 main tisu, koyak kertas,dan main hujan
tetapi tahukah kita bahawa itu semua adalah salah satu proses pembelajaran utk anak2..
mari kita belajar tips ini :
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian b...egini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN “TIRU-MENIRU”
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.
Friday, November 11, 2011
11.11.11
howeee...
hari ini adalah 11 November 2011...sangat special okay,hanya sekali seumur hidup!
pada hari ini tika jejari ini menari, Mukhrizs baru lepas hisap susu selepas berpenat lelah bermain game di Ipad..(huh bebudak zaman sekarang..)
marissa- senang enak lena diulit mimpi dalam buaian...sedikit selsema dan sekarang belajar utk berdiri...wahh..skip merangkak yer
papa - pergi klinik gigi atas urusan pergigian..
mummy -mc pada hari ini sbb tokma pun domam gak
mungkin pada tarikh ini diorng sebok nak memilih tarikh untuk bernikah, bersunat, akikah, bertunang dan sebagainya...
ok pada hari ini kini memiliki keluarga yg bahagia...Amin
Semoga hidup kita penuh barakah dan berkekalan selamanya hingga ke syurga...
yey..11.11.11 !!!

Thursday, November 10, 2011
Salam AidilAdha 2011
Tidak terlamat rasanya mummy mengucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha 1432 H kepada seluruh umat Islam khususnya yg menunaikan ibadah haji di tanah suci mekah Al Mukarramah specially buat Tok Wan, Atok, Lekmah,lek idi,WakZahid & WakMidah!!
raya kali ni kita semua beraya di kampung bersama embah...
seronok Embah apabila anak cucu balik...
Ni masa pagi raya..papa g solat kat masjid...
Lepas solat n melapah daging korban, kami semua bersiap2 utk ke Lumut ! yey..bwak embah jalan2...
kita stay di apartment papa di Lumut..berdekatan sgt dekan pekan dan jetty Lumut..
Di hadapan apartment papa
rakan baik Uncle Izat...tgk kat belakang tu ada kapal yg mukhriz nak sgt naik..
jalan2 sekitar pekan lumut utk membeli Hasil Laut dan Tshirt tulisan Pangkor/Lumut
Akhirnya dapat jugak Mukhriz naik kapal..yey
Mukhrizz bersama papa di kapal perang. Kapal ni di waktu malam dr pukul 6ptg ada menyediakan western food ..kira boleh dinner atas kapal la..tapi disebabkan time kita pergi tu resteren telah full booking..so kita juz ambil gmbr sahaja..puas hat iMukhrizz dapat naik kapal!
okay la..mummy dah mengantuk la..nk tido..esok kena pergi office...cu next entry ya!

Friday, November 04, 2011
Pesanan Dari Mummy Untuk Papa..
Buat anak2 ku...
Tolong ingatkan papa...mummy ada pesan untuknya…
Tolong beritahu papa, cinta agung ini adalah cintaNya…
Tolong beritahu papa, cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihati papa, jangan mencintai Mummy lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati papa, jangan mengingat Mummy lebih dari dia mengingat Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si papa, jangan mendoakan kita lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…
Tolong katakan pada papa, dahulukan Allah karena di situ ada syurga…
Tolong katakan pada papa, dahulukan Atok & Tokwan kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan papa, Mummy terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan papa, Mummy lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan papa, Mummy kasihinya karena santunnya…
Tolong tegur papa, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur papa, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur papa, andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan papa, kita milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan papa, mummy masih milik keluarga…
Tolong sedarkan papa, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…
Tolong sabarkan papa, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan papa, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…
Tolong pesan papa, mummy tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan papa, mummy tak mau menjadi puncak kegagalannya…
Tolong pesan padanya Mummy membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…
Tolong khabarkan pada papa, mummy tidak mau membuat dia terlena…
Tolong kabarkan pada papa, mummy mau dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
Tolong kabarkan pada papa, jadilah penyokong dalam kejayaan Mummy…
Tolong sampaikan pada papa,mummy mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada papa, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada papa, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada papa karena Mummy tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…
We Love U papa ...

Wednesday, November 02, 2011
PABILA PAPA OUTSTATION...=(
sepi !
sendiri !
itulah yg mummy rasa bila tiap kali papa perlu bertugas di luar kawasan
Lumut!
pengkalan TLDM yg terbesar di Malaysia
dan situlah letak nya BNShipyard
selama 3 bulan ini papa asyik berulang ke sana..
dan Oktober pula selama 1 bulan perlu menetap di sana
tak apalah..mamy redha sebab papa pergi pun sebagai ibadah kerja..
lgpun kan mummy ada abang & adik...hehehe...
selama berada di lumut, kita ber3 duduk di rumah Tok Wan Ampang
Setiap pagi mummy pergi kerja naik kereta ke LRT Ampang
dan anak2 akan atok & tok wan hantarkan ke rumah nenek...sehinggalah atok & tokwan pergi ke tanah suci menunaikan haji, kita ber3 duduk pula di rumah Atok& TokMa di tgmalim pula..
so mumy berulangnaik bas pergi kerja..bas pagi 626 pukul 630 pagi dan balik menaiki bas SKS transnasional pukul 6 ptg..sampai rumah, jumpa anak2 pada pukul 745 camtu..oooohooo sgt memenatkan..

Subscribe to:
Posts (Atom)