Pages

Saturday, December 31, 2011

GOODBYE 2011..!! WELCOME 2012..

Hari ini adalah hari terakhir kita melayari tahun 2011 yang meninggalkan banyak kenangan pahit manis ...

Yang paling manis tentunya adalah kelahiran Puteri mummy Nurul Irdina Marissa pada tanggal 26 Januari 2011-yang merupakan adik kepada Mukhriz, anakanda kedua mummy dan cucu sulung perempuan kepada keluarga Hj. Yusuf..(Atok & Tok Wan.).cucu ke 8 barulah ada girl..lama tokwan tunggu...





Marissa sejurus selepas lahir...





Kenangan pahit tentulah apabila Embah meninggalkan kita buat selama-lamya pada tanggal 1 Oktober 2011 setelah terlantar 4 tahun akibat stroke.Agak terkilan kerana tidak berkesempatan menatap wajah terakhir Embah sebelum disemadikan kerana tiba agak lewat pada hari itu..tapi Alhamdulillah segalanya selamat disempurnakan, cuma Doa yang dititipkan semoga roh nya tenang dan aman di sana..Embah, ketahuilah kami amat menyayanngi mu...banyak sangat kenangan mummy dan Embah dari kecil sehingga kini. sejak Embah sakit, Embah tidak berkesempatan melihat mummy berkonvokesyen Master, bertunang, berkahwin dan melahirkan cicitnya...takpelah Embah..kita akan bertemu juga di alam lain nanti InsyAllah..kami masih ada Embah Lanang untuk kami kongsikan kasih sayang dan menuntut ilmu..Banyak juga kenangan dan pelajaran yang sempat mummy pelajari sepanjang hayatnya...

Senpena penutup tahun 2011 ini, mummy harapkan mummy dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu yang baik kepada papa dan anak-anak mummy...semoga Allah limpahkan kita rezeki yang berkat,kebahagiaan, kesihatan dan keselamatan kepaa kita sekeluarga...

Untuk tahun 2011, terima kasih kerana meninggalkan kenangan dan pengajaran....kerana masa lalu yang mengajar kita lebih berani dan lebih baik di masa hadapan..



mereka adalah amanah Allah untukku..dan aku amat menyayangi mereka..








cam ombak rindu tak? hihi