Pages

Tuesday, September 17, 2013

Report Kad Mukhrizz & Marissa

Buku biru yang selalu Mummy amat gerun waktu sekolah dulu adalah report card!
Bukan takut sebab tak lulus exam atau dapat pen merah, tapi sebab tak dapat no. 1....
Bila dah dapat no. 1, kena pastikan semua subjek A, or at least no.1 hingga 3 di dalam darjah...
Begitu lah penangan ketegasan mak dan abah Mummy...kalau tak macam tu entah tak jadi orang agaknya..atau mungkin sekarang ni menyesal sebab tak belajar rajin-rajin. 

Sekarang giliran 3M pula merasai alam peperiksaan walaupun masih di usia muda seawal 2 tahun
Ia adalah salah satu cara untuk mengukur perkembangan kognitif,sosial dan  fizikal seseorang kanak-kanak. 

Alhamdulillah Mukhriz dah pandai membaca (English) di awal usia 4 tahun....
Bacaan dalam Bahasa Melayu pula sedang belajar perlahan-lahan...
Mengaji Iqra' pun Mummy telah praktikkan dari awal...sekarang tengah belajar baris dua dan hafalan surah lazim

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar Mukhriz di sekolah
Banyak pujian yang diberikan dan banyak A dari segi kemahiran membaca, menulis dan mewarna.
Bagi segi daya tumpuan juga, Teacher Latifah kata, Mukhriz dapat tumpu lebih lama berbandaing kanak-kanak lain. 

=)...Mummy harus berbangga kerana salah satu sebab adalah kerana hasil Titisan Rahmat Susu Ibu !

Bila tengok report card dan kertas soalan ujian, rasa lega sebab tak sangka Mukhriz dapat lakukannya dengan baik. 
Antara kemahiran yang di uji adalah seperti berikut (ecewahhh ada gaya-gaya cikgu tak) : 

1.Social/Emotional development
2. Physical development
3. Language development
4. Cognitive/mental development
5.Art and Craft

Dalam cognitif/mental development, mereka diuji untuk mengenal :

Perbezaan Kecil dan Besar
Perbezaan Bentuk
Mengenal Nombor
Mengenal huruf
Mengenal warna
Cut and paste

Dari kacamata Mummy, Muhkriz lebih menguasai kepada kemahiran kognitif sementara art and craft, agak kurang sikit walaupun ada kesungguhan dalam melakukanya. 
Biasalah budak-budak lelaki, akan ada comot-comot sikit kalau buat kerja. 
Main sukahati tampal asal lekat. hehehe...

Marissa, lebih sukakan art and craft, muzik, menyanyi menari. 
Kalau kemahiran macamni memang Marissa dapat A ! 

Antara lagu kegemaran Marissa :
  • Hello teacher Good Morning
  • Twinkle-Twinkle Little Star
  • Happy Birthday to you
  • Allah selamatkan Kamu
  • Ikan kekek mak iloi-iloi
  • A,B, C...1,2,3
  • Sayang..apa khabar denganmu.... ( hihih lagu ni pun dia boleh layan...)

Okay...jom tengok hasil reportcard mereka



 


Ni Mukhriz punya...ada dapat A, ada dapat B..

.


Big and Small.....okay dapat 100%

Mengenal nombor dapat 100% juga

Shapes and colors- sekarang kalau mewarna dah tau ikut bentuk lukisan tu..kalau tak dulu, warna keluar dari lukisan, main hentam je...Ya, mewarna juga perlukan kemahiran yer ibu-ibu... =)




 Okay kita tunggu pula hasil ujian untuk year end nanti macamana pulak

Belajar rajin-rajin yer Abang dan kakak...! 


posted from Bloggeroid

Thursday, September 05, 2013

SELAMAT 5 BULAN MIFZAL RIZQI !



Alhamdulillah,
Baby Rizqi dah 5 bulan
Cabaran lagi 1 bulan journey untuk Exclusive Breastfeeding
Dah pandai senyum, ketawa, gelak besar,
Dah pandai meniarap dan pusing ke kiri dan kanan
Sangat teruja dengan makanan ... asalkan orang makan, meleleh air liur
Pantang disuap, akan disambar dengan gelojoh...
siap tangan memegang kuat si penyuap ..
Tapi...masih belum belum belum boleh makan anakku !
perut kamu masih belum tersedia enzim khusus utk mencernakan pelbagai makanan
Hanya SUSU IBU sahaja yang perlu dan sangat ekslusive untuk perut comelmu

Di entry lain Mummy akan ceritakan mengapa Jangan untuk kesemua makanan bagi bayi di bawah 6 bulan
Susah untuk dimengertikan oleh orang lain yang menggesa Mummy memberi makanan awal...
Biarlah mereka, yang penting Mummy tahu dan cukup ilmu untuk itu semua..
Mummy janji akan berikan yang terbaik untuk kesemua little M mummy..

Semoga sihat sentiasa, bijak dan cerdas!



posted from Bloggeroid