Melaka, Malaysia
Haloo
Ni haa baru nak cerita pasal Melaka negeri bersejarah...
Kami berkunjung ke Melaka pun dengan secara tak sengaja sebab pada 22 Nov tu ada kenduri kahwin anak kepada kawan lama Abah di Rantau, Negeri Sembilan.
Balik dr kenduri tu terus zass ke Melaka...dengan harapan ada la mana-mana hotel kosong untuk kami tumpang tidur di malam hari sementara menunggu hari siang...
Selamat datang ke Melaka...
Jenuh juga la cari hotel yang bajet best tapi semuanya fully booked.
Maklumlah cuti sekolah kan...memang padannnn..
Akhirnya ada juga rezeki bermalam di Hotel Pantai Puteri milik JAWHAR Majlis Agama Islam Melaka ni...
Ianya terletak berhadapan dengan Pantai Puteri...memang sangat sea view...
Aktiviti pagi-pagi selepas sarapan di hotel adalah bersiar-siar mengambil udara segar di tepian pantai sambil mata menyantap pelbagai aktiviti manusia.
M&M enjoy sangat tengok nelayan yang baru sahaja balik dari laut membawa hasil tangkapan .
Sang kucing pun menunggu hasil tangkapan sebagai juadah rezeki dari En. nelayan |
"Mummy...nampak tak ikan melekat kat jala tu...susahkan nk keluar kan..." |
"Papa...look what i found...its Mr. Crab !" |
Hasil tangkapan tadi di jual di atas pelantar yang telah tersedia. Memang di sini tempat nelayan menjual hasil tangkapan kepada rakyat jelata |
Lepas Check out...kami pun mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar..
Sambil-sambil tu mencari Klebang Original Coconut Shake di jalan menghala ke bandar...
Banyaknya kelapa bergelimpangan |
1. Ais
2. Air Gula
3. Ais Krim Vanila
4. Air kelapa
5. Isi kelapa
Kesemuanya di blend bersama sehingga sebati....
Tapi kalau Mummy buat resepi sendiri di kala menjelang Ramadhan, mummy akan tambah sedikit ais krim soda utk lebih Marvellous...Yummeh !
Mungkin lagi sedap kot...hihihi...
tunggu aaa uoll rasa dulu Tanjung Malim punya Coconut Shake...kasi Gegarrrrrrrrrr
Deretan penggemar coconut shakes yang sedang beratur |
Sorang kupas kelapa, sorang cedok aiskrim, sorang blend air, sorang ambik order..complete ! |
Sedap...penghilang dahaga |
Bila tiba di bandar Melaka, hari dah gelap sangat menandakan hujan akan turun....sempat beli shirt Melaka untuk M&M dan sedikit ole-ole Melaka sebagai kudapan di dalam kereta.
Parking di Dataran Pahlawan, A Famosa memang penuh...tak sempat pun nak jalan-jalan sebab bumi Melaka telah pun dibasahi air hujan...
Bayangkan kapal tu berlayar di tengah lautan dengan diiringi awan hitam sebegitu...adakah cukup masa utk berenang-renang ke tepian? |
Lain kali kami pasti ke sini lagi....apabila Little M dah pandai berjalan !
No comments:
Post a Comment