Mummy love u, kiddos..!! M&M&M...
Wednesday, August 01, 2012
Pesanan Untuk Bapa kepada anak-anakku..."papa"
Semoga kita dapat melayari bahtera ini bersama-sama dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan yang berpanjangan...amin.!
Sunday, July 29, 2012
Puasa bg seorang Mukhrizz
Pada awal Ramadhan 1433H, di kala usia Mukhrizz 3tahun 5bulan, beginilah jawapan bg seorang anak kecil yang mummy uji tatabahasa dan pengetahuannya mengenai rukun islam ketiga:-
Mummy: Abang Mukhriz puasa tak hari ni?
M: tak, Mukhrizz tak puasa la mummy
Mummy : kenapa tak puasa?
M: sebab Mukhrizz tak sunat lagi laaa
Mummy: oh, tp nanti dah besar bila umur 5tahun kalau belum sunat pun,kena berlatih puasa tau.! Kena tahan lapar dahaga n perkara yg batal kn puasa
M: angguk
Iklan SUnquick pada suatu petang tlh mengaktifkn neuron otak beliau utk tahu dgn lebih lanjut:
M: mummy,mummy kenapa org dlm tv tu x puasa?
Dan lebih bnyk lg soalan berikut:
M: mummy, spider puasa tak?
M: spiderman puasa?
M: lorry puasa tak mummy?
Mummy: manusia sahaja yg berpuasa, haiwan tidak..
Mummy: lorry tak puasa sbb bukan benda hidup sbb tidak bernyawa.
M: nyawa,...? Apa nyawa tu mummy?
Ok bersambung di episod pembelajaran sains-homeschooling untuk jwapan lebih lanjut....hehehee

Tak puasa,ehh!

Selamat menyambut dan menambahkn ibadah di bulan Ramadhan
Mummy: Abang Mukhriz puasa tak hari ni?
M: tak, Mukhrizz tak puasa la mummy
Mummy : kenapa tak puasa?
M: sebab Mukhrizz tak sunat lagi laaa
Mummy: oh, tp nanti dah besar bila umur 5tahun kalau belum sunat pun,kena berlatih puasa tau.! Kena tahan lapar dahaga n perkara yg batal kn puasa
M: angguk
Iklan SUnquick pada suatu petang tlh mengaktifkn neuron otak beliau utk tahu dgn lebih lanjut:
M: mummy,mummy kenapa org dlm tv tu x puasa?
Dan lebih bnyk lg soalan berikut:
M: mummy, spider puasa tak?
M: spiderman puasa?
M: lorry puasa tak mummy?
Mummy: manusia sahaja yg berpuasa, haiwan tidak..
Mummy: lorry tak puasa sbb bukan benda hidup sbb tidak bernyawa.
M: nyawa,...? Apa nyawa tu mummy?
Ok bersambung di episod pembelajaran sains-homeschooling untuk jwapan lebih lanjut....hehehee

Tak puasa,ehh!

Selamat menyambut dan menambahkn ibadah di bulan Ramadhan
posted from Bloggeroid
Friday, July 27, 2012
Sunday, July 22, 2012
KENANGAN RAMADHAN MUMMY

Pejam celik,pejam celik dah masuk buln puasa utk tahun ini..Alhmdulillah Allah berikn kita rezeki n panjngkn umur utk menempuhi bulan barakah ini. Seperti kelaziman setiap tahun, mummy n papa juga tlh bersiap sedia menghadapi persediaan utk berpuasa dan beribadah berlipat ganda. Teringt pada kenangan sewaktu sekolah, mak la yg plg sibuk di dapur menyediakn juadah, kemudian bersiap2 pula ingin ke masjid bersolat isyak n terawikh selepas berbuka. Jam menunjukkan ke angka 8, ketika perut penuh dgn pelbagai jenis juadah, rasa culas utk ke masjid mula menyelubungi diri..mak akan segera memberikn motivasi dan dgn segera mummy akan turut serta bersiap2 membawa telekung dan air masak sebgai bekaln ke masjid. Masih segar di memori ketika berjalan kaki beramai2utk ke masjid berbuka puasa. Suasana ketika itu sgt meriah dan sgt teruja sambil membawa lampu picit, jiran kwan2dan mummyngah akn beramai2 berpegangan tangan utk ke masjid yg terletak hanya di belakang rumah tokma. Mata n jiwa hanya mengawasi gerak geri anjing jiran yg mungkin akan membuatkn kami lari pecut 100meter. Ketika itu tiada apa yg perlu dirisaukn ibubapa apabila anak berjalan ke luar rumah d waktu mlm berbanding di masa kini. Untuk ke masjid, kami akan menuruni tangga yg memisahkn antara kawasan perumahan kami dengan area masjid serta melalui kawasan sedikit berbecak di kawasan rumah wakaf masjid.sistem perparitan tidak dimajukn barangkali. Aroma sambal tumis, kari menusuk ke hidung tatkala melintasi setiap rumah tersebut. Berbaju kurung kain kapas sgt selesa dipakai ketika itu. Itu jugalah bj yg digunakan untuk pergi mengaji. Mummy ada juga beberapa kali berbuka di masjid..sgt seronok pengalaman masa kecil mummy bersama kawan2. Sesampai di masjid, kawasan yg berkipas adalah pilihan utama mummy, memang akan berpeluh2 kalau solat,tapi takpe asalkan dapat pahala. Balik rumah, kalau kerja sekolah telah langsai, mummy, mummyngah n jiran sekeliling akan berlumba2 bermain bunga api n mercun. Bunga api kegemaran mummy mesti lah bunga api kucing dan bunga api yg punuh asap itu. Habis satu rumah berasap! Atok akan nyalakan lilin yg dipacakkan di piring kecil sambil memberi arahan keras, "jgn main dekat kereta atau simen dlm rumah!" Eheh..so main la kt luar pagar. Mummy plg takut main mercun..paling berani pun mummy akn main mercun yg meletup berdas 10 kali ke udara itu berbanding mercun bola,mercun katak dll. Plg best bila bunga api berbatang merah tu, dipatah-patahkn dan dinyalakn api..sumbunya akan berpusing2 dgn nyalaan api, sgt heaven...tu jer la aksi plg berani mummy..jiran sebelah kdgkala meng'offer'mummy menyalakan mercun roket yg disandarkan ke dlm botol kemudian akn berdesit ke udara sebelumm mengeluarkn letupan..ada juga beberapa kali mummy memberanikn diri menyalakan mercun roket sebelum berlari laju2 masuk ke car porch kereta atuk mencari perlindungan dr letupan. Bimbang sgt jika terkena letupan mercun yg boleh mencederakan diri sehingga masuk muka depan akhbar depan sekali! Biasa la tiap tahun mmg ada budak yg akan tiba2 jadi popular akibat hilang jari, mata cedera, hilang telinga..sgt ngeri okay! Jawapan yg diberi terlalu klise sgt..."main mercun dan tak sempat lari,mercun meletup di tangan! " kadangkala mercun kadangkala meriam..buatan sendiri yer..sangat gigih nak buat sendirik! Kreatif sgt sampai nk buat mercun sendiri tapi mmg budak2 skrg tak boleh nk challenge la..ok..kalau bab bersahur, mmg susah nk bangun kadangkala ikut mood. Kalau aroma ikan bilis goreng bawang menusuk hidung, mmg bingkas bangun apalagi kalau mak goreng ikan masin pagi2 sblm subuh itu. Tukang kejut kami adik beradik utk bngun sahur adalah atuk! Lepas bangun basuh muka n gosok gigi, aura mengantuk sangat kuat sehingga makanan ditenung dahulu limabelas minit sebelum di jamah perlahan. Sgt mummy tak selera kalau makan sahur berbanding tokma yg berulangkali menambah nasik. Sgt hairan! Ok menu wajib sahur mestilah kurma, air masak n susu freshmilk kotak. Tokma kata kena minum air bnyk baru ada tenaga. Dulu mummy umur 5 tahun dah puasa. Tinggal cuma 1 hari sahaja sbb tak larat n melepet. Atuk sgt rajin melayan kami tatkala kelaparan menyelubungi diri. Atuk akan bawa mummy n mummyngah ke stesen keretapi n tunggu keretapi lalu sementara rasa kelaparan itu sgt menguasai. Seronok tgk petugas menarik picu landasan dan apabila keretapi dr kl ke ipoh tiba, kami akan menjerit keriangan sambil "babai" babai kepada gerabak keretapi...heheee.oh ya, dulu tradisi yg sangat tak diamalkan kini ialah bertukar juadah di antara jiran, haaa yg ni ialah tugas mummy! Lepas tokma siap memasak, tokma akan suruh mummy hantar sedikit makanan kpd jiran sebelah cik en, cik com dan cik miah..yer 3 org ni wajib bagi iaitu jiran kiri, kanan dan depan. Pastu akan tutup pinggan dgn suratkhabar lama dan akan cakap mcamni"asaalamualaikum...acikk...ni mak bagi...mak nak balik bekas yer"selalunya jiran akan balas dgn juadah mereka juga atau hanya menukar bekas utk dipulangkan dgn malu2kucing acik berkata"alaaa takdapat nk balas la,pinggan kosong je ni". " takpe mak kata tak balas balas. Hihi mmg kami tak mengharapkan balasan hanya ingin berkongsi rezeki kepada mereka. Itulah sikap tokma yg sangat mummy hargai! Yg mummy ingt, tokma akan bg bubur kacang, kuih buah melaka atau bihun goreng kpd mereka. Dan tentu sekali kalau ada balasan dr mereka sgt la gembira bawak pring tutup suratkhabar sambil berlari masuk rumah...wahhh tak sabar nk makan! Dulu kat slim river rumah tokma tu, siren bomba akan berbunyi menandakan waktu berbuka....atok atau mummy dan kadangkala mummyngah akan bergilir membaca doa buka puasa. Kurma direntap terlebih dahulu berbanding mknanan lain. Okay liltle Ms, ini sahaja kenagan mummy semasa kecil, yg sempat dikongsi. Ketika ini usia mukhriz 3 tahun 5 bulan, marissa 1tahun 6 bulan sedang nyenyak dibuai mimpi. Mummy menulis ini setelah usai bersahur, solat subuh n membaca al waqiah...wassalam
~ 1 Ramadhan 1433H, 21 julai 2012
posted from Bloggeroid
Tuesday, July 10, 2012
DAISO JAPAN, MALAYSIA
Arigatogozaimas
ALWAYS RM5...!!!
Sangat berbaloi bukan? tapi mummy kena la mengutamakan prinsip "Smart Buyer"..so beli barangan yg berbaloi sahaja ...maskudnya barangan yang tidak boleh didapati di tempat lain dengan harga yang murah...
Mummy sangat fanatik dengan barangan Jepun yg kawai dan inovatif ..!!
Haritu mummy pergi sini haruslah dengan bff...so senang sehati dan sejiwa memilih barangan, masa sangatlah berejam! kalau g dengan Mr.M beserta M&M...tak tau la macamana..mungkin tak habis tawaf satu kedai..
Barangan di sini dicipta sangat kreatif & inovatif untuk memudahkan urusan kerja manusia...

Daiso AEON Rawang(new . opened NOW)
Daiso outlet at JUSCO Taman Maluri.
JUSCO Taman Maluri Shopping Center
Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100. Kuala Lumpur
Daiso Pavilion KL
AEON IPOH STATION 18 (located at first floor)
OTHER DAISO OUTLETS IN MALAYSIA:
ALWAYS RM5...!!!
Sangat berbaloi bukan? tapi mummy kena la mengutamakan prinsip "Smart Buyer"..so beli barangan yg berbaloi sahaja ...maskudnya barangan yang tidak boleh didapati di tempat lain dengan harga yang murah...
Mummy sangat fanatik dengan barangan Jepun yg kawai dan inovatif ..!!
Haritu mummy pergi sini haruslah dengan bff...so senang sehati dan sejiwa memilih barangan, masa sangatlah berejam! kalau g dengan Mr.M beserta M&M...tak tau la macamana..mungkin tak habis tawaf satu kedai..
Barangan di sini dicipta sangat kreatif & inovatif untuk memudahkan urusan kerja manusia...
dari sekecil-kecil alat sampai la sebesar2 barangan semuanya
dipikirkan oleh manusia Jepun nih...eheh..contohnya tempat meletak getah yg
comel bentuk bunga (rubber band), klip berkalender, topi untuk budak2 supaya
syampu tak masuk mata, bento-alatan untuk menghias makanan budak dan lain2
lagi...
ok jom layan gmbar
ini...
utk sape2 yg nk pergi, check it outt...

Daiso AEON Rawang(new . opened NOW)
Daiso outlet at JUSCO Taman Maluri.
JUSCO Taman Maluri Shopping Center
Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100. Kuala Lumpur
Daiso Pavilion KL
AEON IPOH STATION 18 (located at first floor)
OTHER DAISO OUTLETS IN MALAYSIA:
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
|
Subscribe to:
Posts (Atom)