Pages

Showing posts with label mukhrizz. Show all posts
Showing posts with label mukhrizz. Show all posts

Friday, February 21, 2014

HAPPY 5TH BITHDAY MUKHRIZZ

16 Februari 2014
Ahad
Ampang, Kuala Lumpur
Rumah Sendiri & Rumah Tokwan

Selamat Hari Lahir Anakku..Putera Sulung Mommy..
Mommy doakan semoga Abang Mukhrizz menjadi seorang anak yang soleh,
Anak yang taat kepada perintah Allah.
Anak yang baik dan mendengar kata
Anak yang rajin dan bijaksana
Anak yang suka belajar, terang hati membaca dan mengaji,
Anak yang boleh menjaga Mommy dan adik-adik
Anak yang sentiasa membanggakan Mommy dan Papa
Anak yang menjadi contoh kepada yang lain

5 tahun lalu....masih terasa kehangatan mendakap tubuh kecil Abang...
Semoga Anakku sentiasa di dalam peliharaan dan diberkati hidupnya oleh Yang Maha Kuasa...

Mukhrizz 5 tahun pada 16 Feb 2014,  Marissa 3 tahun pada 26 Jan 2014...

Homemade Moist Choc Cake and  M&M

Hadiah daripada Mummy utk M&M

Tak sabar diorang nak makan kek ni...tapi kena tunggu petang utk makan di rumah Tok Wan

Celebration di Rumah Tok wan

Kita sekeluarga..upppss ada Abang Dani juger

Selamat Hari Lahir

Simple celebration jer kat rumah Tok Wan....
Papa beli KFC...Tok wan masak Puding karamel & Mee Rebus...

ok tu jer...
Resepi kek moist nanti shares dlm entry yang lain..

Tata...

Tuesday, September 17, 2013

Report Kad Mukhrizz & Marissa

Buku biru yang selalu Mummy amat gerun waktu sekolah dulu adalah report card!
Bukan takut sebab tak lulus exam atau dapat pen merah, tapi sebab tak dapat no. 1....
Bila dah dapat no. 1, kena pastikan semua subjek A, or at least no.1 hingga 3 di dalam darjah...
Begitu lah penangan ketegasan mak dan abah Mummy...kalau tak macam tu entah tak jadi orang agaknya..atau mungkin sekarang ni menyesal sebab tak belajar rajin-rajin. 

Sekarang giliran 3M pula merasai alam peperiksaan walaupun masih di usia muda seawal 2 tahun
Ia adalah salah satu cara untuk mengukur perkembangan kognitif,sosial dan  fizikal seseorang kanak-kanak. 

Alhamdulillah Mukhriz dah pandai membaca (English) di awal usia 4 tahun....
Bacaan dalam Bahasa Melayu pula sedang belajar perlahan-lahan...
Mengaji Iqra' pun Mummy telah praktikkan dari awal...sekarang tengah belajar baris dua dan hafalan surah lazim

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar Mukhriz di sekolah
Banyak pujian yang diberikan dan banyak A dari segi kemahiran membaca, menulis dan mewarna.
Bagi segi daya tumpuan juga, Teacher Latifah kata, Mukhriz dapat tumpu lebih lama berbandaing kanak-kanak lain. 

=)...Mummy harus berbangga kerana salah satu sebab adalah kerana hasil Titisan Rahmat Susu Ibu !

Bila tengok report card dan kertas soalan ujian, rasa lega sebab tak sangka Mukhriz dapat lakukannya dengan baik. 
Antara kemahiran yang di uji adalah seperti berikut (ecewahhh ada gaya-gaya cikgu tak) : 

1.Social/Emotional development
2. Physical development
3. Language development
4. Cognitive/mental development
5.Art and Craft

Dalam cognitif/mental development, mereka diuji untuk mengenal :

Perbezaan Kecil dan Besar
Perbezaan Bentuk
Mengenal Nombor
Mengenal huruf
Mengenal warna
Cut and paste

Dari kacamata Mummy, Muhkriz lebih menguasai kepada kemahiran kognitif sementara art and craft, agak kurang sikit walaupun ada kesungguhan dalam melakukanya. 
Biasalah budak-budak lelaki, akan ada comot-comot sikit kalau buat kerja. 
Main sukahati tampal asal lekat. hehehe...

Marissa, lebih sukakan art and craft, muzik, menyanyi menari. 
Kalau kemahiran macamni memang Marissa dapat A ! 

Antara lagu kegemaran Marissa :
  • Hello teacher Good Morning
  • Twinkle-Twinkle Little Star
  • Happy Birthday to you
  • Allah selamatkan Kamu
  • Ikan kekek mak iloi-iloi
  • A,B, C...1,2,3
  • Sayang..apa khabar denganmu.... ( hihih lagu ni pun dia boleh layan...)

Okay...jom tengok hasil reportcard mereka



 


Ni Mukhriz punya...ada dapat A, ada dapat B..

.


Big and Small.....okay dapat 100%

Mengenal nombor dapat 100% juga

Shapes and colors- sekarang kalau mewarna dah tau ikut bentuk lukisan tu..kalau tak dulu, warna keluar dari lukisan, main hentam je...Ya, mewarna juga perlukan kemahiran yer ibu-ibu... =)




 Okay kita tunggu pula hasil ujian untuk year end nanti macamana pulak

Belajar rajin-rajin yer Abang dan kakak...! 


posted from Bloggeroid

Saturday, July 27, 2013

RAMADHAN PERTAMA MIFZAL RIZQI



Assalamualaikum & Happy fasting
Alhamdulillah, sekejap je dah masuk 18Ramadhan1434H..kesibukan yang melanda kehidupan mami umpama keretapi laju Jepun  JR-Maglev

Ini merupakan Ramadhan pertama Mifzal di kala usia 3 bulan.
Abang Mukhrizz 4 tahun 5bulan
Kakak Marissa 2 tahun 6bulan

So far,  meriah sikit la Ramadhan kali ini...macam biasalah kalau waktu nak berbuka 3M pun busy juga itu dan ini...

Rutin harian Mummy bangun seawal 445 pagi untuk bersahur dan bersiap2 barang untuk 3M ke sekolah.

7.30 -hantar 3M ke Boondamama
745 - Bergerak ke office
4.30 - Balik Office
5.00 - Bazar Ramadhan/ Masak
530 - Pick up 3M dari bondamama
600 - Preparation for iftar
730 - Iftar, solat
9.00 - siapkan barang untuk 3M, Kemas dapur dll
1000- Tidur

huh...memang singkat sangat masa...pejam celik,pejam celik dah nak menghampiri Syawal tak lama lagi

Okay jom layan gambar 3M semasa Ramadhan tahun ini...


Hai geng!...jom solat terawikh !



Jangan tinggal puasa yer kawan-kawan!






posted from Bloggeroid

Sunday, July 29, 2012

Puasa bg seorang Mukhrizz

Pada awal Ramadhan 1433H, di kala usia Mukhrizz 3tahun 5bulan, beginilah jawapan bg seorang anak kecil yang mummy uji tatabahasa dan pengetahuannya mengenai rukun islam ketiga:-

Mummy: Abang Mukhriz puasa tak hari ni?
M: tak, Mukhrizz tak puasa la mummy
Mummy : kenapa tak puasa?
M: sebab Mukhrizz tak sunat lagi laaa
Mummy: oh, tp nanti dah besar bila umur 5tahun kalau belum sunat pun,kena berlatih puasa tau.! Kena tahan lapar dahaga n perkara yg batal kn puasa
M: angguk

Iklan SUnquick pada suatu petang tlh mengaktifkn neuron otak beliau utk tahu dgn lebih lanjut:
M: mummy,mummy kenapa org dlm tv tu x puasa?

Dan lebih bnyk lg soalan berikut:
M: mummy, spider puasa tak?

M: spiderman puasa?

M: lorry puasa tak mummy?

Mummy: manusia sahaja yg berpuasa, haiwan tidak..

Mummy: lorry tak puasa sbb bukan benda hidup sbb tidak bernyawa.
M: nyawa,...? Apa nyawa tu mummy?

Ok bersambung di episod pembelajaran sains-homeschooling untuk jwapan lebih lanjut....hehehee





Tak puasa,ehh!




Selamat menyambut dan menambahkn ibadah di bulan Ramadhan
posted from Bloggeroid