Pages

Saturday, August 11, 2012

IFTAR di KDE

Kelab darul ehsan,ampang jaya merupakan fav mummy utk buffet Ramadhan tahun ini. Last mummy iftar di sini adalah pada 3 tahun lepas bersama staff office papa, masa tu umur abg Mukhrizz sekitar 7 bulan.
Tahun ni, papa bg surprise kat mummy apabila tiba2 suruh mummy bersiap sbb nk mkn kat luar..hehehe...kunon xnk bgtau kt mana..bila tanya,papa kata mkn kt restoren duyung...owhhh? Tp sebelum tu nk jengah dulu sale TIMBERLAND kat KDE tu.....rupanya Timberland ni mmg fav ramai kaum lelaki di luar sana sbb klau b4 sale, harga mmg mencecah setengah ribuan gak la mksudnya dlm 500++ kot..kualitinya sudah tentulah A++!!
Jom jengah sale dulu sblm kita smbung cerita pasal iftar di KDE


Ni harga after sale...kasut,bj utk woman pun ada tp tak sempat mummy nk rembat..hehe padahal harga after sale pun blm tentu mampu utk dimiliki...boleh je klau nk pau papa tp segan la hik hik hik..isteri solehah la sangatttt..


Menikmati kelazatan hidangan


Puas hati mummy dpt mkan pulut durian dan kambing panggang!!yummeh!,,,



Budak ni mkn sate bnyak tak hengat! "Feveret mukiz la mummy!" shedapnyer...


Happy nyer sayer ~King M & Prince M~


Mummy dan Princess M:-)


Havva a seat Tuan Puteri M!


Puas hati Princess M lepas dapat main celup2 sate dlm air anggur!


Okay dah kenyang..jom kita balik! Tq papa belanja suprise iftar ini...hehehe lenkali banjer kat Royale Chulan plak eh...!

Afterall ok la mkn kat sini ada pelbgai menu desert,buah,pelbagai nasi,lauk,mee,sate,aiskrim,abc, bubur,dan mcm2 lg...surau kat sini pun ok, selesa..
Sesiapa yg nk pergi tu sgt recomended...tp mummy bg 3*** sahaja....!
Wink wink....daaaa
posted from Bloggeroid

Thursday, August 09, 2012

KEMERIAHAN BAZAR RAMADHAN JALAN TAR

Ehem Ehem......
Sessi menghabiskan duit memang sangat sinonim dengan kaum wanita seperti Mummy..hik hik
tambah la beruntung apabila office Mummy terletak pula berdekatan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu...
Setiap hari Mummy akan melawat Bazar Jalan TAR untuk mencuci mata dan terapi untuk kaki...bukan apa, Mummy dapat l atau gerai mana yg jual harga murah, mana yang mahal..so tiap hari kena rajin jalan dan tanya harga...memang betul kalau tak tau harga semasa, memang mudah kena tipu..kita kan kena jadi pengguna yang bijak! Betul, betul betul! tetiba si upin menyampuk...

Tibanya 1 Ramdhan, kemeriahan bazar Jalan Tar memang tidak dapat disangkal lagi..gerai-gerai memang tumbuh bagai cendawan selepas hujan...so, untuk sesiapa yang suka ready awal-awal persiapan raya, time ni memang banyak pilihan dan saiz berbanding kalau shopping last minit!

ok kita layan gambar kejap!


ni masa early Ramadhan pun dah ramai orang 

elok -elok melintas kak!




murah kan baju kurung kanak-kanak ni..berbaloi-baloi!
sweett..kain jenis viscose cotton


pelbagai corak dan saiz..tapi kalau lambat memang tiada pilihan la..

                                                                    songket tenun
 beriban harganya okeh!


 Giant Shoes..good marketing strategy...Tahun lepas yg Mummy ingt, ada capal gergasi..capal betul bukan rekaan gambar begini...

Beg -beg tangan wanita


Bunga-Bungaan Palsu
 Ni adalah Kurma...Kurma muda..Mummy suka kurma jenis ini sebab ianya rangup dan tak berapa manis..tetapi yang telalu muda kadangkala kelat ! erkk

 mesti budak-budak suka sampul raya Upin Ipin, BoboiBoy, Ben10...tapi harga 3=rm10
dalam sampul tu ada 10 packs tiap satu...so satu packet lebih kurang 0.33 sen..so kalau nk bg duit raya boleh la siap2 tolak total duit raya dengan 0.33 sen harga sampul ini..hee heee cam mak  Hagemaru tak? sangat berkira n kedek ....

Ni pula baju spiderman 3D...wah bukan calang2 punya 3D..ini yang real punya siap percuma cermin mata 3D, Ok..
So, kalau ada baju ni..kawan-kawan dia boleh la pakai cermin mata tu untuk menTiga Dimensikan Spiderman tersebut...Harga Baju RM45~ selepas tawar menawar RM40...
tapi tadi pergi usha lagi, macam dah habis je stock baju ni
mesti ramai orang dah rembat baju ni utk anak-anak semasa sabtu ahad dan cuti Nuzul Quran baru2 ni...
Arghhh lega Mummy dah beli Utk Abang M dulu.....

So..untungkan Office Mummy hanya dibelakang Jalan TAR..?

hehehe UNTUNGGGGGGGGG la peniaga tuuuuuuuuuuu....(cisss habis duit aku...!!)

MURTABAK

Salam 20 Ramadhan...

Cuaca hening begini mulalah mummy verangan menu apa utk santapan buka puasa kita nanti...
Dalam banyak-banyak juadah, Murtabak dan Kuih Buah Melaka adalah makanan favorite kita sekeluarga..
3M juga amat menggemarinya termasuk mummy...
Marissa kalau dapat makan Buah Melaka @ Onde-Onde berbiji2 sambil menghadap satu  plastik sampai ada unsur ketamakkan kepada abang Mukhrizz !! hehehe...siap tangan sorok kat belakang sekiranya ada unsur ugutan dari Mummy supaya makan share-share yer!!

Tapi kali ini post ini hanya berkisar mengenai Murtabak sahaja !
macam-macam jenis murtabak ada kat malaysia ni...


Yang paling famous, Murtabak Pak Din




tapi penjual yg nama bukan Din pun kadangkala ambil kesempatan menjual murtabak yg nama Murtabak Pak Din juga....sebab semua pasar malam atau bazar Ramadhan yang Mummy pergi mesti ada Murtabak Pak Din !! ntah betul Din ke idak? yang mana satu Pak Din pun tak tau...hihi mungkin Pak Din membuka francais di merata-rata...





Yang ni Pulak Murtabak Singapore

Isi Daging penuh di luar...Restoren Zam Zam pun ada Murtabak ni...bukan hanya terdapat di Singapura...




Murtabak Raja ini pula berasal dari negeri kelantan..so susah sikit nak di dapati di mana-mana..tetapi mungkin sekarang ada agen yang menjual dan senang utk didapati...Murtabak ni jenis frozen..so kalau ada di antara sedara mara balik kelantan Mummy tidak lupe untuk mengirim barang 2-3 bungkus...



Di Ampang Jaya juga ada Murtabak yang tidak kurang hebatnya..dengan harga RM2, isi banyak, telur cukup, bawang sesedap rasa telah membuatkan ramai pelanggan berkunjung...yang paling best kalau bukan di bulan Ramadhan pun ada murtabak ini dijual bahkan di waktu pagi untuk sarapan...

Tapi yang paling Mummy terre buat adalah Murtabak Maggi ! hehehe
sangat senang menyediakannya


(gambar semuanya sumber Mr. Gugel)

tapi...SIAPA TAK MAKAN MURTABAK????

AWAS yaaaaaa....memamng sedap murtabak ni kan..tapi kalau nak membeli tu, pastikan telur yang disediakan tu di basuh terlebih dahulu...kalau nampak penjual tu masih letak telur yg bersalut najis empunya telur itu masih di dalam sarang telur warna coklat, mintak Ampun yer....sangat menjengkelkan untuk membeli!!

Di Tanjung Malim sahaja mummy ada jumpa satu gerai murtabak di pasar malam yg tertulis

"MURTABAK - TELUR TELAH DI BASUH, DIJAMIN SUCI DAN BERSIH !!!"



hahah dijamin suci dan bersih tu Mummy tambah-tambah jer...heheh tapi memang betul la telur kat gerai tu telah dibasuh dulu....letak pun di dalam belas yang lain..

So, sesiapa yang nak makan Murtabak tu pastikan kita menjadi pengguna yang bijak dan mengikut sunnah..memang susah nk carik, kan...So kepada peniaga-peniaga murtabak, silalah basuh telur ayam itu dahulu sebelum dijadikan bahan untuk memertabakkan daging !!!

Tau tak siapa yang tak mkan murtabak...? TOKMA !!!!

sebab? yaa....sebab telur itu...



telur yg suci setelah dibersihkan..



Wednesday, August 01, 2012

Didik Anak Sebelum & selepas tidur

1. Bersihkan diri sebelum tidur.

i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”



KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR


Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.

Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.

Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.



Sumber: http://www.halaqah.net/

SANTAPAN UTK LIL' M !!


Yummy..sedapnya & berselera sangat kalau dapat hiaskan makan my Kiddos cam ni...
mesti diorng excited nak makan...
Enjoy..!!

RETAIL THERAPY DI IKEA, MUTIARA DAMANSARA

yeyy dah sampai Ikea....!

one stop centre...

mempesonakan.....
 kemas....
 pelbagai ...
 white concept...
 cantek pasu bunga tu kan..?
 yang ni pula sink untuk kanak2...juz mainan jer
 hiasan bilik utk girl
 lagi mood pinky...like sangat lampu bunga itu..harga sekuntum RM 29.90..ada juga design berupa ladybird
bilik boy yg ditutupi oleh kelambu berupa khemah twinkle2 little star!

 yg ni pun best...set drawer blue n pink
 study room
 M&M mesti suka kerusi macam ni kan...?

 pelbagai pililhan fabrics...RM 29. tak sure berapa meter..eheh
 soft toys pun ada...
 sopping sakan gadis2 ini...heheh
chilll n lepaks


okay tu je yg ingin dikongsi...mmg IKEA pilihan utama Mummy kalau nak beli barangan yang unik dan cantek selain SSF...
tapi harulah berjimba dengan member lagi...kalau pergi dengan Triple M, mungkin akan memendekkan masa lawatan sambil tengok barang dari jauh...hhihihiii'
daaaa.....