Pages

Thursday, June 13, 2013

44 hari !


Start dari 3 April 2013, berikut adalah tarikh2 penting selepas bersalin untuk rujukan Mummy: 
44 hari -  16 May 2013
60 hari - 1 Jun 2013
100 hari - 11 Julai 2013
Hari2 itu adalah penting untuk rujukan hari berpantang dari segi pemakanan dan aktiviti harian.
Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia juga membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

1. Urutan
Matlamat utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
--->  Mummy start berurut pada hari ke 3 selepas kelahiran di Ampang rumah Tokwan. Tukang urut adalah Makcik Leha yg tinggal di Ampang Indah. Bagi mummy, cara urutan beliau agak ok la berbanding sebelum ni...sangat best dan segar! Dia dulu nurse di sepital gomen..kalau sesiapa berhampiran Ampang nak berurut dengan makcik ni, sgt recommended ! Ni no telefon makcik leha tu : 
Makcik Leha Urut Ampang : 017-2026499
Semasa kelahiran Marissa, mummy berurut di Ampang juga tp dengan tukang urut yang berlainan. Makcik X ni berurut agak unik sebab menggunakan lulur ..heh! memang licin n superb la badan kaki tangan sume kena gosok sental ngan lulur beras kunyit daun limau yang dia buat sendiri....sambil menyental tu dia urut la juga seluruh badan..
Masa berpantagkan Mukhrizz, mummy berurut di Tg Malim dengan isteri ustaz skolah Kay Jo..blh tahan bnyk cerita plak makcik tu...tp sonok dengar dia mengomel pasal suami dia..kikikiii  Semua sessi berurut ni dijalankan selama 3 hari berturut2 diikuti urutan penutup selepas pantang nanti..tapi mummy tak buat pun berurut lepas pantang..
Minyak herbanika Nona Roguy nih minyak feveret Mummy sebab sangat segar bila memakainya..terasa hangat dan segar!

2. Bertunku 
Tujuannya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertunku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.
Mummy bertungku setiap pagi selepas bangun tido dan malam sebelum tido...Batu panas itu dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal sebelum diletakkan di tempat bertungku.

3. Berbengkung
Rawatan ini tidak seharusnya ditinggalkan. Untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ramping, berbengkung adalah jawapan yang tepat. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketka waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfungsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.
Ya, mummy praktikkan ini utk menjaga bentuk badan..kena mempunyai kesabaran dan disiplin yang tinggi  ! pagi sampai malam pakai tak missed..huhu panasnyerrr

4. Mandi Rempah Ratus
Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit.  Antara jenis daun herba yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh dan temulawak. Selain daripada itu isi halia dan lengkuas turut digunakan. Antara lain anda juga juga perlu mandi bunga supaya dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan menaikkan seri wajah.Air mandi ni Tokwan yang buatkan...best mandi daun2 nih...sangat wangi. Sekarang  ni terdapat juga pek mandian utk ibu selepas bersalin. Senang, juz masukkan ke dalam air panas dan sedia utk mandi.
Mummy amalkan mandi air suam sehingga habis pantang...selain dari tu, mak beritahu setiap pagi kena basuh rambut supaya segar dan rambut perlu diikat tinggi atas kepala untuk mengelakkan sakit kepala. Semasa tido, bantal hendaklah tinggi  supaya kepala tinggi daripada badan. Kaki hendaklah rapat dan semasa awal berpantang elakkan tidur mengiring..haduiii seksa mak,nak!
5. Memakai Param dan Pilis 
Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah. Mummy tak pakai pun bendalah param nih..hihi..

6. Minum Jamu 
Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, melawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan dan menyegarkan tubuh.Yang ni Mummy skip makan sampai lepas pantang sebab baby jaundis..
 
Antara amalan berpantang turun termurun dari Mak oleh Embah ialah: 
1. Pakai stokin sepanjang masa berpantang, baju lengan panjang...Rambut ikat tinggi..
2.Jangan membaca semasa dlm pantang nanti cepat rabun.
3. Jangan minum air sejuk, ais utk elakkan perut buncit
4. Jangan makan makanan berangin, sejuk, tajam. 
5. Jangan tido mengiring semasa minggu awal kelahiran
6. Tinggikan bantal semasa tidur.
7. Baby jangan dicium semasa sedang tidur atau apabila dia poo poo
8.Jangan cium mulut baby, nanti bimbang  selera makannya berkurang.
9. Waktu manghrib/senja, jangan tinggalkan baby sendirian, pangku baby ketika azan Manghrib atau ketika guruh.
10. Elakkan orang dtg melawat baby ketika malam hari. Jika bapanya/sesiapa keluar pada waktu malam, jgn terus datang dan pegang baby.
11. Sendawakan baby selepas beri minum susu. 
12. Sekiranya baby sakit perut disebabkan kolik, junjung baby di atas kepala supaya bahagian perutnya tertindih dengan hujung kepala kita.
13. Selepas mandi, sapukan Minyak Telon pada perut, belakang badan dan betis baby utk mengelakkan kolik. Juga urutkan pada betis belakang baby sekiranya mengalami kolik iaitu sakit perut akibat angin. 
14. Selepas mandi, tiup perlahan telinga kiri kanan dan tuttt tuttt baby...ntah tak tau kenapa..ikut je la..maybe kat telinga tu supaya air yg masuk dapat keluar semula. 
15. Tuam perut baby dengan tuam yang dibuat sendiri iaitu beras, lada hitam dan bla..bla..dedulu masa adik2 kecil, mummy tgk mak panaskan tuam tu menggunakan api pelita..but now mummy panaskan tuam tu dengan seterika je..hihi moden tak? asalkan panas sudaaa
16. Ibu dalam pantang hendaklah menjaga ibu jari kaki daripada tersepak sebarang objek..utk mengelak daripada bentan.
17. Jangan angkat barangan berat..supaya rahim tetap pada kedudukannya.
18. Makan banyak halia, lada hitam dan makan yang boleh memanaskan badan. Tapi sekiranya baby mengalami jaundis, ibu perlu elakkan makanan panas atau kurangkan sedikit pengambilan makanan tersebut. 
19. Antara makanan yang paling digemari dan menjadi tradisi keluarga apabila berpantang ialah ikan bilis digoreng tanpa minyak dan ditumbuk bersama lada hitam...buat stok seminggu dan simpan dalam bekas kedap udara. Sangat yummy dimakan dengan nasi panas !
20. Makan nasi tidak boleh ditambah dua kali. so sekali senduk tu agak2 kalau lauk sedap, senduk la nasik banyak2..hehe..ok tak?
21. Jagan makan kuah dan makan bersulam air, bimbang jika peranakan kembang..huh entahla
22. Sesetengah orang tua akan beritahu supaya menyusukan baby di kedua2 belah payudara kerana payudara sebelah kanan terletaknya makanan baby, manakala sebelah kiri adalah minuman.  haaa ! yg ni mummy tidak setuju kerana dari apa yang mummy belajar dan dari hasil bacaan, ibu perlu menyusukan baby di sebelah payudara sehingga habis, kemudian barulah bertukar ke sebelah kiri pula sekiranya baby tersebut masih mahu meneruskan penyusuan kerana di awal hisapan susu terletak nya hindmil dan foremilk. Hindmilk adalah cecair khasiat yang diperlukan oleh bayi dan foremilk terletaknya lemak yang berkhasiat. That why bayi perlukan kedua2 khasiat tersebut di sebelah payudara dahulu, kemudian barulah bertukar ke sebelah yg lain.
23. Jangan juntaikan kaki ke bawah seperti duduk di atas kerusi..so kalau duduk  tu hendaklah dalam keadaan kaki berlunjur. Amalan ini utk elakkan betis kaki jadi besar kerana air dan darah turun ke kaki. 
 
Okay itu lah sahaja setakat ini..panjang sgt dah...hope M&M akan jadikan amalan yg mummy tulis ni sebagai panduan apabila dewasa kelak. Kekalkan amalan tradisi ini supaya dapat manfaatnya apabila tua nanti. Mana yang relevan tu boleh la ikut, dan mana yang tidak relevan dan terdapat bukti kukuh disebaliknya,tidak perlulah dibuat. 
 Tata...!

 



1 comment: