Pages

Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri 1434H, 2013

Selamat Aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya !!!





Lagu-lagu raya tersebut dah menggambarkan begitu seronoknya berhari raya, tetapi kita jangan lupa pada mereka yang telah tiada,dan yang serba kekurangan.....

Raya tahun ni 5M sambut dengan penuh kesederhanaan
Raya pertama di Ampang dan Raya ke 3 baru berangkat balik ke Perak
Sedih la tak dapat raya bersama dengan adik beradik dan ibu bapa....entah bila dapat beraya bersama kalian memandangkan MummyNgah & family balik beraya Perak 2 tahun sekali, takkan tak dapat tune beraya bersama,kan....sob! sob ! *hint utk papa*    weeeeeee
Kenangan raya tahun ni tak ada apa yang istimewa sangat selain menghabiskan masa bersama keluarga, berita kematian rakan sepejabat pada hari raya kedua juga sangat memeranjatkan..terasa masa semakin hampir sedangkan amalan masih belum cukup! Semoga arwah bersemadi dengan aman di sana...Al Fatihah!
Tahun ni tema raya kaler hijau ...tak nak kalah ..kena sama dengan Abang Aaron, okay...
Baju Melayu papa M, Mukhriz, Mifzal pun mesti sama kilang gak ngan Abang Aaron..kikikii..takpela walau kita raya berjauhan pun..wehoooo

Yang bestnya memang satu family En. Wahab pakai baju kaler sama...sehati sejiwa sangat..tapi cabaran membeli baju tu yang sangat mencabar mengalahkan Amazing Race punya program. .seb baik shopping dalam aircond so tak terasa sangat bahang Ramadhan..

Juadah Raya di Ampang macam biasa ada nasik himpit Nona, rendang ayam, rendang daging, rendang rusa, lemang, lontong. Pepagi raya tu hanya beraya rumah maklong dan tengahari tu mil dah bergegas nak balik ke Terengganu.

Sangat rindu ketupat palas mak, lontong mak, rendang ayam mak, sambal goreng mak, lemang perak (yang ni takde cop mak), rendang tali guni a.k.a serunding mak. semuanya juadah yang berjenama mak tiada semasa raya pertama..hanya dijumpai pada hari raya ke3...huuuu...syukurlah ..aku masih ada mak untuk masakkan semua juadah itu...
Okaylah...better stop here. 
jumpa lagi lain kalam.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment