Pages

Thursday, October 31, 2013

PRODUCT REVIEW : PAM SUSU ELEKTRIK SPECTRA 3

PAM SPECTRA SAYA YANG BERUSIA 4 TAHUN

Alhamdulillah, saya membesarkan ketiga-tiga anak saya dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya selama 2 tahun. 

Terima kasih kepada kawan baik saya Cik Spec (Pam Elektrik Spectra 3) kerana sentiasa menemani saya ketika mengeluarkan titis-titis rahmat itu buat anak-anak saya. 
Walaupun bukan dengan gaya freesytle, tapi ianya sangat banyak membantu saya mengepam dengan pelbagai gaya juga..hehehe

Pam ini dibeli ketika anak pertama Mukhrizz pada tahun 2009 dan dapat dipakai sehingga anak ke 3 iaitu pada tahun 2013!

Bagi saya memang sangat berbaloi membeli pam ini. 

Antara ke best-an pam ini ialah : 

  • Digunakan secara elektrik dan tidak perlu lenguh tangan untuk mengepam
  • Boleh digunakan secara double pumping - menggalakkan pengeluaran susu di kedua belah secara serentak
  • Harga yang agak berpatutan (pada ketika itu)
  • Spare part yang mudah di dapati (di kedai-kedai menjual barangan bayi dan alatan pam ; Momslittlones, kasihkusayangku, onebabyworld, littlewhiz, mybbstore dll) dengan harga yang berpatutan.
  • Part yang mudah dikendalikan. 
  • Boleh laras kekuatan sedutan
Kelemahan pam ni ialah dari segi keberatannya. 
Kalau nk bawak ke hulur ke hilir memang terasa juga bebanannya tapi disebabkan pam ini hanya untuk kegunaan di pejabat, jadi tiada masalah bagi saya menggunakannya. 
Ada sekali masalah sedutan agak kurang kuat, Pusat servis hanya meminta untuk mengeringkan bahagian tertentu tanpa perlu men-servis. 
Okay. 
Sangat banyak jasa kamu Cik Spec.
Diharap anak-anak Mummy akan menghargai kamu kerana kamu adalah salah satu barang berharga yang pernah mummy miliki...

Walaupun pada masa sekarang terdapat banyak pam yang membanjiri pasaran, Cik Spec tetap menjadi pojaan hatiku. 

Tapi kan, .....best gak pam zaman sekarang,  macam-macam warna dan style!





Okay...jom kita kongsi TIPS PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN  mengenai Pam Elektrik Spektra 3 ni.


1. Mulakan dari sedutan perlahan kepada kuat secara perlahan-lahan sehingga mendapat sedutan yg anda selesa, dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke kedudukan sedutan paling perlahan sebelum mematikan pam.

Ini bagi mengelakkan knob tersekat pada satu kedudukan sedutan sahaja.
Semasa memusing keminimum,hati-hati supaya tidak tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah)

2. Elakkan memusing knob ke arah maksimum secara keterlaluan

Sebab : Terdapat bahagian yang akan patah jika anda pusing knob ke arah sedutan maksimum.

Akibat : Pam anda akan tiada sedutan dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.

Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan air tersebut termasuk ke dalam pam anda.

Akibat : Boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.

Sebab : Sama seperti tips no 3

Akibat : Juga sama seperti tips no 3

Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur tubuh anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks (susu keluar) berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis

Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis.
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis.

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis

1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.
Bagi ibu yang membeli pam semasa mengandung, tarikh warranty pam bermula dari tarikh bayi lahir. Fotokopi satu salinan mykid bersama-sama warranty card pam anda.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 untuk mengatur proses penghantaran.

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 minggu (bergantung kepada kadar kerosakan).
Pastikan anda mempunyai pam lain semasa pam Spectra 3 anda diservis.          



Selamat memilih pam yang selesa !      

Happy breastfeeding !




posted from Bloggeroid

Monday, October 21, 2013

Salam AidilAdha 2013

Mummy dengan 4M....buah hati pengarang jantung
Keluarga kecil kami...
Tahun ini sambutan di rumah Embah, Bagan Datoh Perak
Petang raya family Tokwan yang beraya di rumah sil Teluk Intan pula dtg beraya ke rumah Embah
Tiada ada yg istimewa melainkan Embah, Mak, Abah dan Makan !!
Slurrrppp sangat sup tulang drebar lori mak!
Sorry adik-adikku yang jauh di perantauan....mesti uoll rindu masakan mak kan? heeeee


Dengan Triplets....3M ngan Aunty 3A

Sama konsep ngan kaler dinding..hahaha

Haji Mifzal

Pengorbanan seorang ibu...cewahhh!!
posted from Bloggeroid

Monday, October 07, 2013

Baby Rizqy 1st Solid food



Baby Reez already 6months
Its the time to intoduce him solid food
So, Mummy will share puree recipe for 6 months babies...
Try yaa!


APPLE PUREE
 
1. Peel, core and cut apple into slices/chunks.
2. Steam until tender;
    Mummy choose to steam the apples to retain the most of their nutrients.
    Boiling apples in a scant amount of water is another way to cook apples. 
   Apples are very juicy and will seem to "boil down" as you are steaming or boiling them.




3. Blend the steamed apples until smooth puree
4. Place into your choice of appliance for pureeing and begin pureeing.

Very Easy Peasy.


Apples are a great choice for one of an infant's first food. 

They are easy to prepare, easy to digest and are full of nutrients. 

Apples are also very versatile and may be added to almost any baby recipe.

You can mix apples with cereals, veggie purees, with meat purees and use them in teething biscuit recipes, in healthy cake recipes, in yogurt and mixed with other fruits also. 

Apples are also great when frozen, added to a Baby Safe Feeder and used as a teething eliever. 
 
 
 
This recipie is from Annabel Karmel's 'Baby and Toddler Food Diary". 
 
Anna Karmel  is the UK's best-selling author of books on baby and children's food and nutrition. 
 
 
APPLE AND PEAR PUREE BY ANNABEL KARMEL
 
Both apples and pears make a good first food for babies, because these fruits are unlikely to cause an allergy. 
They also contain the soluble fibre pectin, which helps little bowels to start processing solids efficiently.

• Preparation: 5 minutes
• Cooking: 6–8 minutes
• Makes 400ml (14fl oz)
• Provides folate and vitamins B2 and C
• Suitable for freezing

Ingredients
2 eating apples, peeled, cored, and chopped
2 ripe pears, peeled, cored, and chopped

Method
Put the fruit into a heavy-based saucepan with 5 tbsp water. 
Cover and cook over a low heat for 6–8 minutes until tender. 
Blend to a smooth puree.
 
Ok then, Mummy will share another puree recipie in the next entry
bubbye!

 


Baby Reez enjoy his apple puree so much!
posted from Bloggeroid

Friday, October 04, 2013

3 Okt 2013 -Birthday Mummy 32Tahun, Baby Rizqy 6Bulan

Panjang umurnya, panjang umurnya
Panjang umurnya serta mulia
Serta mulia, serta mulia...

 Selamat ulang tahun Mummy ke 32
Selamat Ulang Bulan BabyReez ke 6 !!
Birthday Girl and Birthday Boy.

Alhamdulillah
Sempena ulang tahun ini..

Mummy berdoa agar...
Iman dan amal ibadah bertambah....
Menjadi Isteri yang solehah............
Menjadi Anak yang solehah,
Menjadi Ibu yang baik dan penyayang
Menjadi pekerja yang cemerlang
 
Pagi-pagi kat ofis, boss, kawan-kawan da wish birthday
Tengahari skit, amni call minta datang ambil barang yang Mummy telah order..
Hah? Setau Mummy memang tak ada buat sebaramg pesanan dalam talian lately...
Dup Dap, Dup Dap....
Taraaaaa......
Dua buah bungkusan hadiah...
Yahoo....bestnyer dapat dua hadiah dr Yang Tersayang...Siap ada kad lagi...
Tq So much...!

Lunch timer, bff ajak g celebrate kat SR...
Wehooo...thanks uoll belanja Mummy M !

Acik Azie sempat posing sambil wish Mummy " Happy Birthday KakZatie...!"



Acik Jija menghayati makanan penuh kusyuk..kenyang sampai malam katanya
 

Acik Ina, nanti kita celebrate pulak bila dah habis pantang yer! Acik Yam time ni sibuk g makan durian kat opis..hehehe..
 

Hadiah kucupan daripada anak-anak tersayang...Mmmmmuahhh!
posted from Bloggeroid

Tuesday, October 01, 2013

Wishlist Anak-anak dan Mummy


Kalau verangan mummy korang memang no.1...haha
Sebenarnya ni masa cari barang baby dengan kawan so, kitorang memang verangan la wish barang apa yang nak dibeli...
Wahai duit turun la dari langit...
Takpe...kan Thought becomes thing...
Jom tgk baby stuff yang best utk wishlist 2014 nanti...wehoo


Baby Rizqi:
Untuk baby, mummy pilih semua yang ada star star..haruslahhh
hehehe


Ergobaby carrier



Sleepsuit





Stroller Tandem





Abang Mukiss dan Kakak Marissa 
Cadar Astronouts dan Princess
cool  kan? bestnyerrr


 

Untuk Mummy
semestinya beg pelbagai guna ni
Storksak - Diaper bag cum handbag
Price RM 1299, now ada offer RM 7++ 
wowww sgt !
Best beg ni boleh masuk semua benda anak-anak..sangat sesuai untuk bawak g jalan-jalan
Boleh tengok kat website Stroksak untuk design lain yang sangat superb
 





Storksak - Helena Leather Rose

InsyaAllah kalau ada rezeki dan kuat usaha
ianya akan menjadi kenyataan!
Amin...










posted from Bloggeroid

MARI BELAJAR BAHASA CINA


 Balik sekolah Mukhrizz terus tunjuk hasil yang dia belajar harini

Maksudnya "Huang Se"  "Yellow Colour" in Mandarin.

Well Done Abang !






posted from Bloggeroid