Pages

Thursday, October 31, 2013

PRODUCT REVIEW : PAM SUSU ELEKTRIK SPECTRA 3

PAM SPECTRA SAYA YANG BERUSIA 4 TAHUN

Alhamdulillah, saya membesarkan ketiga-tiga anak saya dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya selama 2 tahun. 

Terima kasih kepada kawan baik saya Cik Spec (Pam Elektrik Spectra 3) kerana sentiasa menemani saya ketika mengeluarkan titis-titis rahmat itu buat anak-anak saya. 
Walaupun bukan dengan gaya freesytle, tapi ianya sangat banyak membantu saya mengepam dengan pelbagai gaya juga..hehehe

Pam ini dibeli ketika anak pertama Mukhrizz pada tahun 2009 dan dapat dipakai sehingga anak ke 3 iaitu pada tahun 2013!

Bagi saya memang sangat berbaloi membeli pam ini. 

Antara ke best-an pam ini ialah : 

  • Digunakan secara elektrik dan tidak perlu lenguh tangan untuk mengepam
  • Boleh digunakan secara double pumping - menggalakkan pengeluaran susu di kedua belah secara serentak
  • Harga yang agak berpatutan (pada ketika itu)
  • Spare part yang mudah di dapati (di kedai-kedai menjual barangan bayi dan alatan pam ; Momslittlones, kasihkusayangku, onebabyworld, littlewhiz, mybbstore dll) dengan harga yang berpatutan.
  • Part yang mudah dikendalikan. 
  • Boleh laras kekuatan sedutan
Kelemahan pam ni ialah dari segi keberatannya. 
Kalau nk bawak ke hulur ke hilir memang terasa juga bebanannya tapi disebabkan pam ini hanya untuk kegunaan di pejabat, jadi tiada masalah bagi saya menggunakannya. 
Ada sekali masalah sedutan agak kurang kuat, Pusat servis hanya meminta untuk mengeringkan bahagian tertentu tanpa perlu men-servis. 
Okay. 
Sangat banyak jasa kamu Cik Spec.
Diharap anak-anak Mummy akan menghargai kamu kerana kamu adalah salah satu barang berharga yang pernah mummy miliki...

Walaupun pada masa sekarang terdapat banyak pam yang membanjiri pasaran, Cik Spec tetap menjadi pojaan hatiku. 

Tapi kan, .....best gak pam zaman sekarang,  macam-macam warna dan style!





Okay...jom kita kongsi TIPS PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN  mengenai Pam Elektrik Spektra 3 ni.


1. Mulakan dari sedutan perlahan kepada kuat secara perlahan-lahan sehingga mendapat sedutan yg anda selesa, dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke kedudukan sedutan paling perlahan sebelum mematikan pam.

Ini bagi mengelakkan knob tersekat pada satu kedudukan sedutan sahaja.
Semasa memusing keminimum,hati-hati supaya tidak tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah)

2. Elakkan memusing knob ke arah maksimum secara keterlaluan

Sebab : Terdapat bahagian yang akan patah jika anda pusing knob ke arah sedutan maksimum.

Akibat : Pam anda akan tiada sedutan dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.

Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan air tersebut termasuk ke dalam pam anda.

Akibat : Boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.

Sebab : Sama seperti tips no 3

Akibat : Juga sama seperti tips no 3

Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur tubuh anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks (susu keluar) berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis

Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis.
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis.

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis

1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.
Bagi ibu yang membeli pam semasa mengandung, tarikh warranty pam bermula dari tarikh bayi lahir. Fotokopi satu salinan mykid bersama-sama warranty card pam anda.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 untuk mengatur proses penghantaran.

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 minggu (bergantung kepada kadar kerosakan).
Pastikan anda mempunyai pam lain semasa pam Spectra 3 anda diservis.          



Selamat memilih pam yang selesa !      

Happy breastfeeding !




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment