Pages

Thursday, March 26, 2015

Mukhrizz sekolah tadika

2015
Fasa baru persekolahan Mukhrizz memasuki sekolah tadika AK pada usia  6 tahun.
Sebelum ni 4-5 tahun berada di playschool Bondamama. 

Sessi persekolahan extend 1 minggu sebab tragedi banjir di pantai timur.
Masa awal-awal buka sekolah tu pun dah escape sekolah sebab melancong ke negara jiran. 
Salah timing aaa..kalau ikut plan asal Mukhrizz sekolah 2 hari then baru bercuti, tapi disebabkan extend 1 minggu so terpaksa la ponteng di awal-awal sesi persekolahan beliau.

 Sekolah baru ni dipilih setelah meneliti segala aspek dan syllibus yang di ajar. 
Yang penting atas kehendak Mukhrizz sendiri. 
Memang sayang nak tinggalkan teacher kat BM, teacher yang banyak  mengajar Mukhrizz mengenali ABC, mengira, membaca serta life skill. 
Tapi tak apa, demi masa depan.... beliau harus meneroka lebih  lagi dunia pembelajaran di ruang yang berbeza...cewahh.
Tengok la ni...masa mula-mula sekolah kemain excaited. 
Tambah-tambah dapat uniform baru, kopiah,buku dan lain-lain.
Khalifah pada hari Isnin dan Jumaat pakai uniform kuning dan sluar biru gelap
Pada hari Selasa - Khamis, khalifah kena pakai baju t shirt biru dan tracksuit.
see....muka masih senyum di hari kedua,.... kita nanti kan hari -hari berikutnya ye...
Ni kakak Marissa....masih meneruskan persekolahan di BM.. tapi tidak lagi sebagai anak-anak kecil yang dijaga rapi tetapi sebagai Pelajar pre school 4 tahun...Yey !
Kakak ni suka pergi sekolah...waktu cuti pun nak pergi sekolah...apobondo la..cakap je la nak main dengan bff...siap buat appointment ngan bff nak keluar sama-sama g AmpangPoint...suruh papa hantar kan okay..mak si bff pun cakap benda yang sama...si bff suruh hantar pergi AmpangPoint sebab Marissa nak jumpa...amvoi sangat...mak ko nak gi Ikea pun plan 1 tahun baru dapat pergi...nangis laju-laju pun tak dapek yee..haha...lepas tu si bff plak ajak Marissa datang rumah dia...tau-tau mak bff tanya..Qaseh kata Marissa nak datang rumah...bila? Errr......
Selepas  itu, bermulalah fenomena school refuse....
Sedihnya bila mahu ke sekolah.
Pagi-pagi nangis dan tak mahu pergi sekolah.
Mungkin dia rasa takut, susah atau benci nak pergi sekolah
Macam-macam alasan dicipta.
katanya tak ada kawan, sakit perut, kawan-kawan balik awal...
Malam sebelum pergi sekolah lagi dah susah hati memikirkan sekolah.
 Masa hantar depan pagar sekolah, meronta-ronta keluar dari kereta bila teacher AK menjemput utk masuk ke kelas.
Sebelum ni Mukhrizz tak macam ni.
 Goodboy dan suka sangat belajar.
Pasti ada sesuatu yang tersirat.
Adui..kalau macam ni memang susah hati Momme...
mau Momme pergi kerja nangis jugak.
Kang orang cakap momme nangis tak nak pergi kerja sebab nak pergi shopping..hahah alasan kukuh.
1 minggu jugak la nak pujuk Abang supaya suka kan sekolah....
Setelah macam-macam cara dan tips momme cuba...Syukur, akhirnya Abang berjaya mengatasi konflik itu
Yang penting jangan dimarahi tetapi toleransi lah anak dengan cara yang sesuai. 
 Alhamdulillah berkat doa ibu, kesabaran dan susah payah menimba ilmu.....
TARAaaa..... Mukhrizz dapat reward sebab behave and being good. Thanks teacher...
Akhirnya, bermula lah episod baru riang gembira ke sekolah..
Yahoo..you can make it son!
next entry momme cerita cara-cara mengatasi anak tak nak ke sekolah, okay!
tata...

No comments:

Post a Comment