Salam 1 Malaysia, Salam 1dunia...
Kali ni momme nak cerita pasal kengganan anak ke sekolah..
Sebenarnya perkara ni adalah masalah biasa apabila anak yang baru memasuki fasa persekolahan samada tadika ataupun darjah satu.
Ye la kan, dah seronok-seronok selama ni bermain di taska atau di rumah asuhan, suasana yang berbeza di alam persekolahan mesti la membuatkan anak-anak ini berasa boring, takut dan memberontak tidak mahu ke sekolah.
Macam momme dulu pun 5 tahun dah masuk sekolah Tadika Islam pada waktu itu...hmmm..
Rasanya tak nangis(sila refer atuk ye..hahah) sebab excited sangat nak pergi sekolah dengan kawan.
Tapi problem yang paling besar masa tu ialah Malu....
Malu dengan cikgu..
Malu nak cakap dengan cikgu sebab nak keluar minta izin pergi tandas...
hahahha...so, solution ajak kawan baik teman pergi tandas dan dia yang kena cakap dekat cikgu,
kalau kawan yang nak pergi tandas, momme plak yang kena minta izin kat cikgu....
hahah ntah pape la kan.....
syhh...jangan cerita lebih-lebih.....
Momme bukan lah orang yang arif juga bukan pakar di dalam membimbing dan memberikan panduan kepada orang lain.
Cuma ingin bercerita dan berkongsi beberapa cara yang telah digunakan kepada anak sendiri..
kira ni experiment kat anak sendiri la..
Jom check it out...
MENCARI PUNCA
Sekiranya anak tidak mahu ke sekolah, mungkin ada sebab dan puncanya.
Selidik kenapa anak berperangai begitu atau tiba-tiba tidak mahu ke sekolah.
Tanya anak kenapa tak nak ke sekolah....
sebab kawan kah,
sebab cikgu kah,
sebab makanan tak sedap kah,
Belum pandai sebut YA YI YU kah,
belum kenal huruf Jawi kah
atau belum hafal doa qunut...
Ye la kan kita tak tau apa yang tersirat di sanubari anak kita...
Sekiranya anak tidak mahu beritahu puncanya, kita perlu lah memberikan solusi dan meneka apa masalah sebenar supaya mereka bercerita dengan lebih lanjut.
Kalau anak tak nak juga beritahu, jangan dipaksa...mungkin masa tidur atau masa makan malam nanti kita boleh tanya dia lagi....
Ni antara contoh alasan yang akan diterima:
Soalan :
Kenapa Abang tak nak pergi sekolah?
Piihan jawapan:
Sebab kawan-kawan Abang tak nak cakap dengan abang...
Sebab sakit perut
Sebab tak best
Sebab kena basuh pinggan sendiri lepas makan
sebab cikgu marah
sebab tertukar seluar dengan kawan...tapi kawan tak nak bagi balik
sebab Pakai kopiah terbalik, kawan-kawan gelakkan...
hahaha...walau apa pun alasan anak, terima je la dan dengar dengan penuh minat..hee
BERI KATA-KATA POSITIF
Sekiranya punca dan masalah telah dikenalpasti, kita mestilah mencari jalan untuk penyelesaiannya
Sentiasa beri galakkan dan kata-kata yang positif supaya apa yang di alami bukan lah sesuatu yang besar.
Maksudnya di sini kita mesti yakinkan anak bahawa sekolah itu adalah sesuatu yang mereka akan suka dan menyeronokkan.
Mak mak kena la selalu bercerita dan bertanya apa aktiviti kat sekolah.
Apa menu sarapan, tengahari, petang.
Beritahu betapa seronoknya makan bersama-sama kawan, baca doa bersama.
Pagi-pagi tu, masa anak pakai baju sekolah, cuba puji
" Canteknya uniform Abang...hensem la abang pakai baju sekolah...
'Kemasnya Abang pakai baju dan seluar warna kuning dan biru.
"Abang nampak matang pakai kopiah..macam imam muda Asyraf...hahaha
Walaupun masa tu anak buat muka nak nangis...,
Dengan keyakinan dari sang ibu pasti anak kembali ceria.
Ambil la gambar kenangan anak memakai uniform tadika/sekolah sebab nak tunjuk dekat atok di kampung halaman.
Cerita pada adik-adik beliau atau kepada ahli keluarga bahawa sekolah beliau adalah sangat menyeronokkan.
" Hari ni Abang belajar apa...ada mewarna dan menulis kan? Abang suka warna apa?Seronoknya boleh belajar mewarna dan menulis...
"Dah hafal surah apa? senang ke hafal ...macamana teacher ajar cara menghafal..mesti seronok baca Al-Quran.."
Cikgu Abang nama apa...Siapa nama Cikgu yang paling baik?...Siapa nama cikgu yang Abang suka?
* kredit to Teacher As...sebab Mukriz kata teacher As cantik..sebab pakai make up kat mata....hehehe..
Selain bertanya How was your school today?
mak mak boleh la tanya soalan yang kreatif sikit supaya anak-anak dapat bercerita dan kita tahu apa yang berlaku di sekolah.
Beritahu bahawa anak mempunyai persekitaran sekolah yang baik, selamat dan seronok untuk belajar
Pujuk anak dan beritahu manfaat kalau ke sekolah.
"Kalau Abang rajin pergi sekolah, rajin belajar, mesti Abang tau banyak perkara,
tau membaca, mengira, boleh hafal banyak surah...
so abang akan jadi pandai...
kan abang nak jadi polis...polis kena berani..berani pergi sekolah...
Apapun kena la pandai-pandai menangkis setiap jawapan daripada anak...
biasala anak-anak kalau sel sel otak tengah berhubung, ada je alasan yang dia bagi...
PERANAN IBU BAPA
Kecekalan hati jiwa dan raga memang perlu kalau nak hantar anak pergi sekolah.
Ibu mana yang sanggup tengok anak nangis kan.
Tapi..... jangan ikut kan perasaan kita...cekal kan hati...
kalau kita turutkan sangat kemahuan anak tak nak ke sekolah,
sampai bila pula kita nak biarkan dia tidak mahu ke sekolah.
Sekolah tadika sekarang pun tidak mencadangkan supaya ibu bapa menunggu anak di kawasan sekolah.
Lepas drop anak di pagar sekolah dan teacher pick up, teruslah berlalu pergi...
Walaupun anak nangis meronta-ronta.
Percayalah cikgu akan pandai memujuk mereka.
Alhamdulillah sekolah Abang mempunyai cikgu yang penyayang (buat masa ni..hahah).
Intai jugak la dari jauh mcamana mereka menangani anak yang menangis..
Ishh macam-macam ragam...anak yang melekat kat pagar pun ada sebab tak bagi mak ayah balik..
Percayalah mereka nangis sebentar sahaja..
Dengan pelbagai aktiviti kelas, lambat laun anak-anak akan suka ke sekolah.
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa berfikiran positif.
Fikirkan bahawa anak tidak akan apa-apa di sekolah dan mahu belajar dengan tenang.
Fikikrkan bahawa anak saya boleh dan suka belajar.
Pandai berkawan
Dengar cakap dan menghormati guru.
Di awal sessi anak masuk ke sekolah berusahalah untuk mengambil cuti jika perlu.
Bukan untuk menunggu di depan pagar sekolah tetapi cukuplah sekadar pantauan daripada jauh dan tidak kelihatan oleh si anak.
Jangan lupa ambil anak tepat pada akhir sesi sekolah.
So, anak akan rasa seronok kerana dapat balik awal bersama-sama rakan.
Jangan biarkan mereka menunggu mak atau bapa ambil lewat.
Kesian anak...dah la pagi memberontak tak nak pergi sekolah, balik sekolah pula terpaksa menunggu lama . Jangan spoil kan mood mereka.
Doa adalah senjata orang mukmin.
Doa ibu bapa juga adalah yang terbaik untuk anak-anak.
Sentiasalah berdoa setiap hari supaya anak lembut hati mahu ke sekolah, mudah belajar dan menjadi seorang Muslim yang sejati.
Amalkan zikir dan amalan beberapa surah daripada Quran antaranya:
Surah Taha,
As Syura ayat 19,
Ali Imran ayat 200..
dan zikir La latif, Ya Hayyu Ya Qayyum...
BERBINCANG DENGAN GURU
Sentiasa berbincang dengan guru untuk bertanya perkembangan anak, mengenai pelajaran dan tingkahlaku nya di sekolah.
Kadangkala tingkahlaku yang ditunjukkan di sekolah dan di rumah adalah berlainan.
Hadapilah dan terima setiap teguran atau nasihat yang akan guru berikan mengenai anak kita.
Terima dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk memperbaikinya.
Beritahu anak supaya guru perlu dihormati dan dihargai.
REWARD SYSTEM
Lastly, kalau anak dah mahu ke sekolah, sediakanlah sedikit penghargaan untuknya.
Tahniah Abang kerana berani ke sekolah !
Bagi hadiah buku, pensil warna, bawak berjalan cuti hujung minggu dan sebagainya.
Itu sahaja yang mampu dikongsi buat masa ini,
Untuk Anak-anakku,selamat menempuh alam persekolahan yang paling bermakna.
Parents, banyakkan bersabar dalam melayani karenah anak-anak.
Selamat Pagi Cikgu !