Pages

Thursday, April 09, 2015

TIPS SHOPPING DI EXPO BABY

The Psychology behind shopper behaviour
Jangan tak tau, berbelanja juga perlu kan skill ..haa hebat tak?
Rasanya masa study dulu memang ada belajar pasal ni..subjek apa eh..
Consumer Behaviour barangkali..
Yey! tepat sekali....masih boleh harapkan urat yg belum putus untuk mengingat..
output lepas shopping mestilah sentiasa happy tambah-tambah  kalau dapat 10 point  dengan pembelian melebihi RM100.

Shopping ni juga pun sebenarnya ada cara-cara dan aspek yang perlu diteliti.
Samada barang itu memuaskan hati kita atau tidak dari segi harga, kualiti , penggunaannya, cara pengiklanan, cara barang itu dipamer, tingkahlaku jurujual dan sebagainya..
haa..sangat copy ayat nota kuliah...verangan muda lagi lettew...
 
Bla bla bla...sebenarnya nak cerita pasal  pengalaman berbelanja di expo baby.
Setiap tahun memang tak missed pergi lawatan expo baby..tu pun kalau ada barangan wishlist yang perlu dibeli.
Kalau murah why not...?

Sebelum terjah mana-mana expo, meh saya share sedikit pengalaman yang ditimba setelah 4 tahun menjadi pengunjung tetap...bahahaha...


Tips 1. 
CHECK BILA EXPO?

Awal-awal tahun lagi dah check bila expo baby akan  akan diadakan tahun ini dan remarks your calender.!
So boleh rancang bila nak pergi mengikut bulan tertentu..
Mana tau masa expo bulan tu tengah boyot ke, tengah dalam pantang ke,tengah berjihad di bilik bersalin ke,sebelum gst ke... so bolehla pergi expo yang lebih awal sebab expo ni akan di adakan banyak kali juga dalam setahun.

Untuk tahun 2015 ni, ni antara jadual expo di kawaann KL dan yang sewaktu dengannya..


JANUARI 

 1.   Mother And Baby Kids Expo 2015 - PWTC
  • When: 23 - 25 JANUARU  2015
  • Time: 10am – 9.30pm
  • Venue:PWTC
Okay..da lepas..next ! 


MAC
9th Maternity & Children Expo 2015











2. Mom & Baby Expo 2015
3. Mom & Baby Expo 2015
4. 9th Maternity & Children Expo


APRIL

5.    EG Mother, Baby & Kids Expo

6. Motherhood Expo 2015

7. Ekspo Ibu, Bayi & Anak

Mother, Baby & Kids Expo 2015
Motherhood Expo 2015



MAY  

 8. Mom & Baby Expo 2015
JUNE
 9. 9th Maternity & Children Expo

10. Pregnancy, Baby & Children’s Fair
   
OGOS

11.   Mom & Baby Expo

12. 9th Maternity & Children Expo

13.  Mom & Baby Expo

14. Parents and Kids Expo 2015 & Pregnancy and Baby Show 2015


SEPTEMBER

15.   9th Maternity & Children Expo

16. 9th Maternity & Children Expo

17. Mother, Baby & Kids Expo



OKTOBER

18.  Mom & Baby Expo

  • When: 2 – 4 October 2015
  • Time: 10am – 9pm
  • Venue: MITC, Melaka
  • Organiser: Today Publishing
  • More info: Website & Facebook
19. Ekspo Ibu, Bayi & Kanak

20. Mom & Baby Expo

  • When: 30 October – 1 November 2015
  • Time: 10am – 9pm
  • Venue: Danga City Mall, Johor Bahru
  • Organiser: Today Publishing
  • More info: Website & Facebook

NOVEMBER
Mom & Baby Expo 2015 Schedule
06-08 Mar - IDCC-Shah Alam
27-29 Mar - Danga City-JB
15-17 May - Mid Valley-KL
07-08 Aug - Persada JB
28-30 Aug - IDCC-Shah Alam
11-13 Sept - Mid Valley-KL
02-04 Oct - MITC Melaka
30-01 Nov - Danga City-JB
13-15 Nov - IDCC-Shah Alam
04-06 Dec - PISA-Penang
- See more at: http://www.eamo.my/details--8478/mom-and-baby-expo-2015#sthash.01e3UATu.dpufNOV
    
21.    International Baby Expo 2015











22.   Mom & Baby Expo

23.    9th Maternity & Children Expo




DISEMBER

24. Mom & Baby Expo

  • When: 4 – 6 December 2015
  • Time: 10am – 9pm
  • Venue: Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre, Pulau Pinang
  • Organiser: Today Publishing
  • More info: Website & Facebook
25. International Baby Expo



TIPS 2.
KENALPASTI DAN SENARAIKAN BARANGAN YG INGIN DIBELI

Bab yang ni memang terer la sebab memang banyak wishlist dah buat...
Amboii sangat mak kau verangan macam jutawan...piang!! sepak muka sendiri kasi back to realiti
So, masa expo ni kena tengok mana harga yang murah...Mana tau harga barang wishlist yang harga beratus tiba-tiba boleh menjadi impian sekelip mata kerana harga yang sangat murah.

Kalau untuk newbies mommy or mom to be, memang rasa nak beli semua..tapi ada juga barang yang tak perlu juga dibeli ..so kena risik2 dan survey, tanya-tanya kawan atau google sahaja apa jenis barangan yang dijual dan boleh la mulakan senarai barangan. Berbelanjalah dengan bijak ya...

CONTOH  SENARAI BARANGAN 
1. Diapers,
2. Feeding & storage bottle
3. Nursing bra
4. Pyjama, Baju
5. Cooler Bag
6. Ice Pack
7. Accessories pump
8. Swaddle baby
9.  Tunku, Barut baby
10. Toiletries

* Nyatakan brand kalau boleh yer..supaya senang nak rembat kat booth yang berkenaan

KES 1 
[Omaigod ni tesis ke entry blog...dah kenapa macam report CSI...pedulik hape haku..its my blog its up to me...hikhikhik]

I kan, dah 1 tahun servey bottle stainless steel Pura Kiki...tapi belum ada rezeki nak membeli kerana  harga botol tu RM80+ sebotol ~ mengikut jenis brand..sementara yang bercorak pula ada yang sampai 100+...i kalau nak beli, kena beli 3 bukan satu botol je...tu yang kena pikir sejenak.
OMG sangat anak  pakai botol besi tapi harga mahal...wakakaka.
Whatever la..yang penting Momme dah lama survey botol ni utk 3M dan dah tahu kebaikannya berbanding botol biasa. Alangkah bertuahnya, setelah mengetahui akan acara pameran barangan bayi pada Mac baru-baru ini, harga yang ditawarkan adalah sangat menjunam ! Wow...Wee... momme menjerit keriangan..Sempena expo kali ini Booth B& G bg offer 64% off !!! RM29 instead off 79.90....
Bukan kah impian menjadi realiti?  Lompat bintang pulak !
Okay Grab!
No. 1 in the list !!


TIPS 3
SEMAK PERBEZAAN HARGA BARANG 
Setelah mengenal pasti barang yang akan kita beli, buat la sedikit survey mengenai harga semasa barangan tersebut di kedai-kedai, pasaraya atau yang dijual di online. Jangan lupa ambil kira kos penghantaran, kos minyak kereta dan parking juga yaa...

Kes 2
Contohnya kalau nak membeli Puting botol di kedai depan rumah dan perbezaan harga setakat beza RM0.50  dengan yang dijual diexpo, lebih baik la membeli barang itu di kedai depan rumah sahaja tanpa perlu bersesak. Itu kan contohhh...takkan la pergi expo nk beli puting  botol  je kan....so dah alang2 beli tu, borong la banyak sket untuk lebih penjimatan.

Kes 3 : 
Pada expo baby YES 2014, Harga botol  air Tommie Tippie dijual dengan harga serendah RM5...
feeding bottle RM10,
feeding bottles London Theme RM 22 ++,
Teats Tommie Tippie  30%, but sale on last expo March cuma 20% sahaja diskaun...banyak perbezaan nya tau ..

TIPS 4
CARI INFO EXPO
-Layari website, fb atau blog-blog mengenai pengalaman berbelanja di expo baby
- Ketahui apa barang yg ditawarkan...kadangkala penganjur ada memberitahu senarai barang yang akan dijual
- Ketahui berapa harga yg ditawarkan -murah atau tidak berbanding kedai biasa, online atau pasaraya.
- Siapa penganjur yang menyertai, so boleh la aim barang yang telah disenaraikan ada atau tidak dijual
- Study plan expo - ketahui booth utk barang yg akan dibeli terletak di petak nombor berapa dan hall mana
- Cek jika ada free sample, goodies dan barangan yg ditawarkan secara percuma.
Boleh grab kalau orang tidak ramai dan sanggup beratur lama. Untung kalau menjadi orng yang terawal. Kadangkala ada registration di web untuk express kaunter semasa ambil goodies nanti. Tapi....tidak la terlalu express sebab line Express yang  beratur sama dengan line tidak Express.

TIPS 5
RANCANG MASA
- Rancang masa untuk ke expo 
Adakah perlu ambil cuti / tak?
Pergi pada awal pagi adalah lebih baik kerana pada waktu petang, pengunjung akan bertambah ramai,
Lebih baik pergi pada hari bekerja atau weekday kerana kesesakan adalah lebih pada hujung minggu dan barang juga banyak yang akan  habis,

- Rancang Masa dan bagaimana  perjalanan untuk ke expo
Bagaimana mahu ke sana dan kenderaan yang akan digunakan mestilah dirancang dari awal. Jika mahu ke Expo di MidValley, boleh gunakan LRT, Komuter, Teksi, bas atau , memandu sendiri kereta.
Make sure datang awal untuk dapat parking.

Dengan siapa mahu diajak?
Make sure pergi dengan orang yg mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, sanggup bersesak, sanggup belek2 barang pastu letak balik sebab  tak jadi beli, pergi pulak dari satu booth ke booth yang lain untuk survey harga dan sebaik2 nya orang itu ialahh DIRI SENDIRI !! hahaha
maksudnya di sini suami adalah pilihan kedua jika mood nya baik.
bff yang sama taste dan minat juga adalah pilihan yang terbaik. ! sila ajak..

-Semasa di expo
pastikan anda rancang booth mana yang perlu anda pergi dahulu .
Jika datang  awal dan banyak  masa diperuntukkan,  boleh beratur untuk dapatkan  Goodies Bag yang mengandungi pelbagai barangan percuma dari pihak penganjur.
Kaunter jualan yg paling hot mestilah kaunter yang jual diapers, Botol jenama Tommie Tippie, Pureen, Avent dan lain-lain lagi. So, kena terjah dulu mana booth yang paling ramai org akan kunjungi supaya tidak terlalu lama beratur.

- Pakaian yang diperlukan
Anda dinasihatkan memakai baju dan kasut yang selesa utk jalan banyak. Kerlass kan... etika berpakaian pun kena bagitahu...Ye la kan walaupun dalam tu ada pendingin udara, bila dah sesak dan ramai orang panas juga rasanya, especially untuk preggy mother...kesian sangat i tengok
Duit jangan bawak cukup-cukup dengan bajet yang anda telah list kan sebab mungkin anda akan mengalami sindrom kejutan Woww Wooww bila rambang mata tengok barang lain yang out of list.... kalau berkemampuan, boleh la beli  supaya tidak termimpi-mimpi di malam hari, ok.

- Sarapan Pagi, Jangan lupa makan sarapan utk tenaga semasa bershopping dan membawa barang hasil borongan. Nanti tak pasal-pasal pengsan di tengah2 diapers Mamy Poko...

TIPS 6
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

- Jangan membawa beg yang sukar dibawa. lebih elok bawa beg tangan yang senang di kendalikan, bawa extra beg utk barang2 yang telah dibeli - woven bag atau beg ikea atau trolli.

- Dinasihatkan tidak membawa anak-anak yang terlalu kecil atau masih bayi. Kesian anak-anak terpaksa bersesak dan kadangkala terlanggar plastik borong pelanggan lain.
Make sure anak cukup makan dan susu supaya tidak menggangu perancangan shopping ..ye la kan kalau dah berejam beratur, bila turns nk bayar masa tu la baby menangis nak nenen. Ada juga terlihat parents yang membawa baby  yang mungkin masih di dalam pantang, sangat tidak sesuai dengan suasana expo yang terdedah dan bersesak.

- Jangan membawa stroller yang bersaiz besar kerana sukar dikendali ketika melalui ruang di antara booth yang sempit. Ia juga boleh menggangu orang lain dan menyebabkan lambat bergerak.  Seeloknya membawa anak menggunakan carrier supaya lebih  mudah.

- Jangan memotong line sewaktu mahu bayar atau beratur untuk pilih barangan atau semasa nak collect goodies bag.
Kalau nak dapat sound free sila la cuba..hahaha..kalau nk minta orang bayarkan tu, pandai-pandai la cover dengan org belakang....kalau yang kita minta tolong tu bukan kawan kita, pura2 la mcm dah kenal lama...borak2..ambik no. hp..dan jangan lupa bagi duit...
tetapi jangan la melampau sangat sampai suruh bayarkan barang kita yang 2 guni besar tu...hoi over sangat kau...sila beratur sendiri aaaa...


Overall, expo baby yang rasa beraloi untuk dikunjungi adalah Maternity & Baby Expo di Mid Valley, anjuran TCE.
Yang lain pun okay juga macam IBEX KLCC tu.. tapi tak semua barang harga murah...
Yang paling mengecewakan adalah expo baby di PWTC tak ingat pula anjuran mana. Lokasi pun agak jauh, bukan dlm PWTC tu, tapi di dewan tun razak di luar PWTC (kalau tak salah nama dewan)  dan agak sukar la bagi preggy mother and kids.

Okay la Momme momster rasa itu sahaja la sedikit tips yang ingin di kongsikan.

Jom layan lintas langsung gambar-gambar sempena expo baby di MidValley 27 Mac 2015 baru-baru ini..
Peace Yaa....
Ini la kenangan shopping before gst kekdahnya....

 booth most wanted - Tommie Tippie... nk masuk pilih barang pun kena beratur dulu...
 Pura kiki botol yang menjadi rebutan..sekejap je dah licin..kaler pun sangat limited.
Buy 2  bottle free 1 sleeve yang berharga rm30+
Tapi free sleeve yg 5 oz...keciwa sebab baju kecik bukan baju yg 11oz..

 Booth B&G...yang ni pun kena beratur juga ketika membayar...hot Item Pura Kiki Bottle dan Original Ergo baby carier yang dijual pada harga yang sangat murah
 Bayangkan keadaan macamni kalau nak bawak baby...fikirkan la yer

 Booth Mums Dream...banyak barut baby dan nursing bra..3 helai RM55
 Hasil pembelian ku...hanya 2 je wishlist kali ini... Botol Pura Kiki dan Teats Tommie Tippie
Merasmikan botol baru...Goodbye plastic bottle ! We love it!
Pink utk anak dara, Purple untuk baby, oren utk Abang..Botol oren tu adalah jenis sippy ..so Abang boleh minum susu ala2 minum dalam botol minuman...


Okey...
Sehingga berjumpa lagi di review expo baby di lain kali..
Daaa.......

1 comment:

  1. salam.. nk tnye.. biasa baby expo ni bleh byr pkai kad kredit x?

    ReplyDelete