Pages

Tuesday, December 13, 2011

Rindukan Ombak

Apa ada dengan filem ini ?

Fenomena Aaron Aziz...wahhh

Mummy dah tgk filem ni kat TGV KLCC masa mummy Ngah dtg sini utk course aritu..

so far mummy boleh la bg rating 4/5 utk jalan cerita n lakonlayar nya...

ada setengah org berkata sangat sedih n touching sepanjang cerita, tp bagi mummy takde la asek je nk meleleh airmata...bnyk yg kelakar dari yg sedih-sedih...satu panggung pun gelak sakan dan tak banyak yang nangis beria...tapi ada juga akui ada adegan scene sedih ...

tapi mmg sangat best la jalan cerita n penerapan lagu utk filem ni- kredit to Adira & Hafiz utk OST Ombak Rindu dan lagu Untuk Kamu...

Selain Para Pelakon yang tentunya Hot iaitu Aaron Aziz, scenematografi yang sangat indah amat memikat hati mummy..walaupun jalan cerita novel lagi best sebenarnya dari filem ini. ..

meh tgk apa yg best :

1. Indah Panorama- Rumah Abang Hariz sgt 'Impiana'- Rumah kampung yang berkonsep moden, tepian pantai yang mempunyai buai menghadap laut, susun atur perabut, senibina (terutamanya toilet dan lanskap) begitu juga rumah Ibu Hariz n kebun teh..oh wow

2. Sweet as Candy- apabila hantaran perkahwinan mereka hanya seutas jam tangan sendiri dan saling bertukar ~so sweet..Scene Izzah bukakkan kasut dan stokin Hariz pun sgt sweet juga..=)

3. Lawak Ha ha ha - Watak Pak Dolah sebenarnya kelakar juga apabila membuat dialog sedih meniru percakapan bapa Hariz ketika mahu mengambil anak nya sebagai anak angkat-1 panggung gelak lagi..
Pak Dollah juga berusaha mengejar kereta Hariz yang tentunya Hariz takkan berhenti ketika Izzah jatuh dan mengalami pendarahan. sangat lawak watak itu sbb semua dah tolong Izzah jatuh time tu, pak Dollah sebok dok kejar kereta si Hariz lagi..pastu bila panggil baru patah balik..kikiki...pastu masa adegan di tepian ombak pantai antara Izzah dan hariz tetiba ada plak crew filem ke ntah org kampung yg lalu kat belakang diorng..huhu spoil mood romantiss okay..

4. Sedih sob sob - apabila di awal cerita, Izzah dipaksa utk bekerja oleh bapa saudaranya ...lepas tu part Izzah berjumpa Hariz di kenduri rumah Pak Dollah..masa tu Izzah dan Hariz sangat merindui setelah lama tidak pulang ke rumah apabila menikahi Mila....sgt touchy..part Izzah kena halau dengan Ibu Hariz, Izzah di marahi dengan sumpah seranah oleh Hariz di rumah Pak Dolah apabila ibunya sendiri memfitnah Izzah..

5. Terlalu sekejap - mmg tak puas tgk sekali filem ni..hahahaa...harap pasni ada kat Astro First pula..


Ni sinopsis filem ini :

"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?"

No comments:

Post a Comment