Pages

Tuesday, December 13, 2011

Bijak Anakku .....

Masa kini
anak-anakku semakin bijak !

Bijak berbicara...macam-macam perkara..mengadu itu dan ini..
Adik pula mahu juga berbicara tapi tidak tahu apa yang diperkatakan hanya mampu berbicara bahasa bayi tapi sesunggunya aku masih mampu memahami kehendakmu...

Bijak bermain - bermain puzzle, berimaginasi membawa kapal terbang, bermain bola, bermain anak patung, membawa basikal, mengoyak buku, menggigit barang permainan! apabila mendengar muzik, adik akan mengoyangkan badan ke depan ke belakang ke kiri dan kanan !

Bijak makan - pandai memilih makanan mana yang sedap, mana yang tidak..mana yang manis dan terlarang (fastfood dan junk food) juga jadi pilihan tapi mummy masih mampu mengawal..selepas makan memang suka bertaburan di hamparan, campak makanan dan memindahkan makanan dari satu pinggan ke pinggan yang lain..sangat kreatif anakku !

Bijak Solat - pandai meniru utk bersolat dan juga mengambil wuduk..tetapi abang kalau nk bersolat mesti mahu sejadah kecil..jika sejadah kecil itu hilang..haru jadinya...rukuk, sujud, duduk antara dua sujud telah mahir..angkat jari telunjuk juga sangat pandai ketika duduk tahiyat akhir,...ketika mummy bersolat, abang sebok angkat telekung mummy nak tengok jari telunjuk mummy dah dinaikkan atau belum...abang akan baca ayat sendiri ketika berdiri..tapi bila tahyat akhir akan baca "Attahiya...attahiya..." tu je la yg dia tahu..takpe practice make perfect!

Bijak Bergaduh,Berebut - ohw,skill yang ni memang kedua-dua adik dan abang sangat tak payah ajar..masing-masing nak menang tak nk kalah..si abang kadangkala mengalah apabila adik merampas mainan atau buku..adik akan menang kerana jeritan yang sangat nyaring dan kuat..!!! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Semoga anak-anakku akan lebih bijak di masa akan datang.....terima kasih Ya Allah..

No comments:

Post a Comment