Pages

Thursday, August 22, 2013

Manjaku

Ini kisah budak pandai yang manja
Bila cuti lama sangat, bajet dia yang paling penting dalam segala-galanya
kena selalu belai,dukung, peluk,  cium tapi aku tidak kisah pun!
Siap ! bila kembali ke rumah kedua, nikmat itu tidak dapat mummy penuhi sebagaimana selalu, apabila kita berdua...
Jangan kau cari mummy di situ kerana mummy tiada,
Jangan kamu jerit  minta susu kerana mummy telah bekalkan yang segar dan sejukbeku
Jangan kamu minta lebih perhatian kerana mummy bimbang kamu akan hampa kerana tidak diulit seperti biasa
Jangan risau wahai si manja, 
Janji aku, kamu akan selamat dan tenang semasa mummy tiada
Janji aku, kamu akan tidak lapar, tidak dahaga, tidak sentiasa basah dan rapi sempurna
Walau mummy tidak ada...
Aku janji, akan aku pastikan kamu baik baik sahaja...
Jangan risau sayangku..aku sayang kamu hingga ke syurga...
Ingatlah di hati bahawa Mummy sentiasa di hati menemani...





posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. lahai tacing lak rase..terpaksa tinggalkan si kecil demi kerjaya :)

    ReplyDelete