Pages

Friday, August 29, 2014

PERISTIWA HIDUP

Hye Lovelies...

Sudah lama tidak menulis di sini..
Masa yang lalu memang tidak dapat diputar kembali
Tetapi kenangan yang lepas masih boleh di potretkan di dalam kanvas tulisan
Peristiwa hidup telah di catatkan awal sejak azali
Sejak roh ditiupkan, semasa takdir kita telah dihikayatkan terlebih dahulu dari pentasan dunia

Semenjak dua menjak tidak mencatat di sini...
peristiwa Kematian, Kelahiran, sambutan lebaran dan nikmat percutian sekeluarga menjadi lakaran warna warni kehidupan kami

Nanti saja untuk kucatatkan dengan  lebih lanjut
Diharapkan kenangan peristiwa itu akan terus segar

Anak-anakku juga  terus  membesar tanpaku sedari
Harap-harap aku sempat mendakap cium mereka ketat-ketat  sebelum mereka menjadi dewasa dengan lebih cepat...

Sayang kamu semua...

Thursday, April 17, 2014

WHAT A GREAT IDEA.....SPENDING TIME WITH DAUGHTERS

Woweee

Bestnya kalau dapat bapak seorang yang kreatif camni kan
tapi kalau dah pandai ambik gambo camni pandai2 la kemas dan simpan balik barang yer....kahkahkah..sempat lagi nak berleter ..bukan apa..terbayang kalau Papa dan M&M ambik gambar camni mesti tak reti nak simpan balik segala barang props yang digunakan...Tak pasal2 Mommy tukar watak jadi Singa Lapar sebab tak pasal kena mengemas hasil shooting diorang...
Hamboi sangat nk guna segala kotak penyapu dan bilik air sebagai tempat shooting kan...
Haaa verangan sangat aku ...dari aku fenat memikir apa akan jadi pada rumah aku kalau diorang buat camni..meh la kita tengok Jason Lee ni shoot ngan anak-anak gadis beliau...

Sangat menarik dan hebat  apabila bapanya merealisasikan impian dan angan-angan anak-anaknya menjadi realiti....



dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
dad takes fun pictures of daughters
Jason Lee
It's a breath of fresh air to see a father so into spending time with his daughters.

Wednesday, March 12, 2014

HAPPY 3RD BIRTHDAY IRDINA MARISSA

26 Januari 2014
Subang Skypark - Depart to langkawi

Selamat hari lahir anak gadisku
Selamat ulang tahun ke 3
Semoga menjadi anak yang solehah untuk Papa dan Mummy
Semoga pandai jaga diri, pandai jaga akhlak....
Semoga tabah menjadi seorang perempuan yang bermacam dugaan untuk diharungi
Jangan khuatir anakku, Mummy sentiasa di sisi mendengar segala jenis ceritamu..
Mummy sentiasa ada untuk menjadi teman setia...
Janji..kita akan jadi kawan sampai bila-bila...



Masa nak bertolak ke Langkawi

Posing di hari jadi ke 3

marissa is 3

Posing kat kek di kedai kek

Jaga adik sementara tunggu boarding

Friday, February 21, 2014

HAPPY 5TH BITHDAY MUKHRIZZ

16 Februari 2014
Ahad
Ampang, Kuala Lumpur
Rumah Sendiri & Rumah Tokwan

Selamat Hari Lahir Anakku..Putera Sulung Mommy..
Mommy doakan semoga Abang Mukhrizz menjadi seorang anak yang soleh,
Anak yang taat kepada perintah Allah.
Anak yang baik dan mendengar kata
Anak yang rajin dan bijaksana
Anak yang suka belajar, terang hati membaca dan mengaji,
Anak yang boleh menjaga Mommy dan adik-adik
Anak yang sentiasa membanggakan Mommy dan Papa
Anak yang menjadi contoh kepada yang lain

5 tahun lalu....masih terasa kehangatan mendakap tubuh kecil Abang...
Semoga Anakku sentiasa di dalam peliharaan dan diberkati hidupnya oleh Yang Maha Kuasa...

Mukhrizz 5 tahun pada 16 Feb 2014,  Marissa 3 tahun pada 26 Jan 2014...

Homemade Moist Choc Cake and  M&M

Hadiah daripada Mummy utk M&M

Tak sabar diorang nak makan kek ni...tapi kena tunggu petang utk makan di rumah Tok Wan

Celebration di Rumah Tok wan

Kita sekeluarga..upppss ada Abang Dani juger

Selamat Hari Lahir

Simple celebration jer kat rumah Tok Wan....
Papa beli KFC...Tok wan masak Puding karamel & Mee Rebus...

ok tu jer...
Resepi kek moist nanti shares dlm entry yang lain..

Tata...

Monday, February 17, 2014

SPECTRA 3 MEMBRANE punya cerita

Hadoi

Belum bagi salam dah mengeluhkan...dah kenapa ?

Sebenarnya sejak dua menjak ni hati sangat gundah gulana sebab 'kehilangan" sesuatu yg kecil tapi sangat memberi impak kepada keseluruhan proses...ahaha..cam nak buat projek apa je kan...

Cuba teka apakah ia melalui clue di bawah:
  • Kecil
  • Bulat
  • Putih
  • Nipis
  • Permukaan berbintik bulat

Ya..jawapannya ialah Membrane !

Salah satu accessories breastpump yang sangat penting...tiada galang gantinya kalau hilang atau keciciran
Sebenarnya dah dua kali hilang benda ini...lepas tu punya la tensyen kali kuasa 2 sebab tak ingat purchase kat website mana...

So entry ni untuk aku yang sering lupa...semoga kalau hilang lagi aku boleh rujuk entry ini untuk pembelian dan rujukan di masa hadapan...yer..hadapan bermakna tahun hadapan atau 2 atau 3 tahun lagi...atau hadapan yang paling dekat minggu depan kalau HILANG lagi...bukan kalau mengandung lagi..hihihi

Ini lah dia produk yang di cari-cari selama ini!!!
memperkenalkan ...(drum rolll)

Spectra membrane !!!
 

Fungsi : 
Valve membrane is attached to valve head. It shall be replaced if there is crack on  membrane or the membrane is not able to fully cover the holes on valve head

Masalah : 
kecuaian diri sendiri...bukan not able atau not cover the holes...

Sebab : 
1. Terlalu alpa bersembang sambil membawa bekas pam sambil jalan meliuk lentuk dan ianya tercicir
2.Termasuk lubang sinki sebab membasuh dalam keadaan tergesa-gesa apabila  ada orang sedang tunggu giliran selepas kita..Grrrr,....

Pengajaran :
1. Okay lain kali aku bagi orang lain dulu basuh cawan sudu mereka dulu sebelum aku 
 basuh segala mak nenek aceessories 
2. Kali ni aku order extra supaya apabila kejadian berulang, aku dapat tido lena sepanjang malam. 

Penyelesaian : 
Setelah aku menyiasat mengenai penjualan barang itu di laman sesawang, berikut merupakan cadangan dan hasil nya : 

1. Kasih sayangku -  http://www.kasihkusayangku.com/
Harga : RM 9.00  after disc ---> RM 7.20.....tapi No Stock

2.  Momslittleone - http://momslittleones.com/store/spectra-membrane-temporary-stock-p-66.html
Harga : RM 9.00 (no dis..buat  masa ini)

3. mybbstore
Harga : RM 9.00 (best buy) 

4.  E-mumshop -  http://e-mumshop.com/breastfeeding-en/breast-pump-accessory/spectra-en-2.html
Harga : rm 9.00 ( disc : 11% = 8.00)


Hoyehh...hoyehhh....akhirnya keputusan telah dibuat untuk pembelian secara berhemah di e-mumshop.com.  

Lain kali jangan bagi hilang lagi...

Ok tu je nak cerita

Sekian

Kbai

padahal nk type entry lain...ni dah type entry lain pulok

ok serious bye...



hahah macam chat mirc plak ada n..

Ok last....

Bye..!

Friday, February 14, 2014

BUKU DAN AKU...

Salam 1Malaysia..

Haluu sayangku..apa khabar di Hari Jumaat Yang Mulia ini...

Hari ni nak cerita pasal BUKU...BOOKS...KITAB...
Memang tradisi kami sekeluarga kalau keluar mana-mana shopping kompleks atau mana-mana destinasi, mesti kedai buku yang akan dituju...tapi kedai buku yang biasa pergi  ialah Popular kat Ampang Point or MPH kat Wangsa maju...memang sengaja nak ajar anak-anak supaya sukakan buku dan cintakan ilmu...

Kalau dulu selalu lepak Kinokuniya baca buku dari pagi sampai petang....Buku parenting and pregnancy pun layan jugak....

Agaknya memang penyakit gilakan buku ni ambik dari Embah kot...
Jangan tak tahu Embah ku itu pantang datang KL atau Teluk Intan pasti akan dibelinya berkotak kotak berjilid jilid kitab untuk Anak-anak sekolah Tahfiz, anak cucu dan menantu juga untuk diri sendiri..
Next entry akan ku cerikatan pasal Embahku dan buku bukunya yer...

Okay sebenarnya..nak bagitau dan note untuk diri sendiri jer tarikh-tarikh penting pesta buku untuk tahun ni..

Haaa...ni juga salah satu terapi selain shopping baju anak..

Check it out...!!!


1. Big Bad Wolf Book Sale
15 - 23 Februari 2014
Mines Exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor.

2. Ekspo Buku Islam Putrajaya
28 Februari - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3
Kompleks Perbadanan Putrajaya

3. Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
Penganjur: MPH
19 - 23 Mac 2014
Putrajaya International Convention Centre

4. Read Malaysia.
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor.

5. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
24 April - 4 Mei 2014


p/s : papa jangan buat2 ada program pada tarikh-tarikh di atas yer...


Okay aku dan anak-anak sangat tunggu 'Wolf Yang Jahat'  itu untuk jual buku dengan harga Murah Giler...di ulang..Murah Sangat...di ulang lagi..Harga Junam....di ulang lagii ....Harga meletop...!! Terlajak Lariss giteww

Phewww...sangat teruja bila ke gedung buku macam tu...bau buku pun dah macam satu ubat penenang  untuk aku dan harus simpan bau buku itu untuk setahun......

Sorga...Sorga...

Harap-harap anak-anakku Mukhrizz, Marissa, Mifzal akan ikut penyakit Cinta Buku Mummy ni...so kalau korang dah besar, Mummy ada geng nak lepak-lepak kedai buku barang 4-5 jam...he he he






Monday, February 10, 2014

CUTI-CUTI : MELAKA

23 Nov 2013
Melaka,  Malaysia


Haloo

Ni haa baru nak cerita pasal Melaka negeri bersejarah...
Kami berkunjung ke Melaka pun dengan secara tak sengaja sebab pada 22 Nov tu ada kenduri kahwin anak kepada kawan lama Abah di Rantau, Negeri Sembilan.

Balik dr kenduri tu terus zass ke Melaka...dengan harapan ada la  mana-mana hotel kosong untuk kami tumpang tidur di malam hari sementara menunggu hari siang...


 Selamat datang ke Melaka...

 Jenuh juga la cari hotel yang bajet best tapi semuanya fully booked.

Maklumlah cuti sekolah kan...memang padannnn..

Akhirnya ada juga rezeki bermalam di Hotel Pantai Puteri milik JAWHAR Majlis Agama Islam Melaka  ni...

Ianya terletak berhadapan dengan Pantai Puteri...memang sangat sea view...



 

 Aktiviti pagi-pagi selepas sarapan di hotel adalah bersiar-siar mengambil udara segar di tepian pantai sambil mata menyantap pelbagai aktiviti manusia.

M&M enjoy sangat tengok nelayan yang baru sahaja balik dari laut membawa hasil tangkapan .


Sang kucing pun menunggu hasil tangkapan sebagai juadah rezeki dari En. nelayan
  
"Mummy...nampak tak ikan melekat kat jala tu...susahkan nk keluar kan..."

"Papa...look what i found...its Mr. Crab !"

Hasil tangkapan tadi di jual di atas pelantar yang telah tersedia. Memang di sini tempat nelayan  menjual hasil tangkapan kepada rakyat jelata




 Lepas Check out...kami pun mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar..

Sambil-sambil tu mencari Klebang Original Coconut Shake di jalan menghala ke bandar...


Banyaknya kelapa bergelimpangan
Simple je cara dia buat.
1. Ais
2. Air Gula
3. Ais Krim Vanila
4. Air kelapa
5. Isi kelapa
Kesemuanya di blend bersama sehingga sebati....

Tapi kalau Mummy buat resepi sendiri di kala menjelang Ramadhan, mummy akan tambah sedikit ais krim soda utk lebih Marvellous...Yummeh !

Mungkin lagi sedap kot...hihihi...

tunggu aaa uoll rasa  dulu Tanjung Malim punya Coconut Shake...kasi Gegarrrrrrrrrr



Deretan penggemar coconut shakes yang sedang beratur

Sorang kupas kelapa, sorang cedok aiskrim, sorang blend air, sorang ambik order..complete !

Sedap...penghilang dahaga

Bila tiba di bandar Melaka, hari dah gelap sangat menandakan hujan akan turun....sempat beli shirt Melaka untuk M&M dan sedikit ole-ole Melaka sebagai kudapan di dalam kereta.

Parking di Dataran Pahlawan, A Famosa memang penuh...tak sempat pun nak jalan-jalan sebab bumi Melaka telah pun dibasahi air hujan...


Bayangkan kapal tu berlayar di tengah lautan dengan diiringi awan hitam sebegitu...adakah cukup masa utk berenang-renang ke tepian?







Lain kali kami pasti ke sini lagi....apabila Little M dah pandai berjalan !