Pages

Showing posts with label MARISSA. Show all posts
Showing posts with label MARISSA. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

HAPPY 3RD BIRTHDAY IRDINA MARISSA

26 Januari 2014
Subang Skypark - Depart to langkawi

Selamat hari lahir anak gadisku
Selamat ulang tahun ke 3
Semoga menjadi anak yang solehah untuk Papa dan Mummy
Semoga pandai jaga diri, pandai jaga akhlak....
Semoga tabah menjadi seorang perempuan yang bermacam dugaan untuk diharungi
Jangan khuatir anakku, Mummy sentiasa di sisi mendengar segala jenis ceritamu..
Mummy sentiasa ada untuk menjadi teman setia...
Janji..kita akan jadi kawan sampai bila-bila...



Masa nak bertolak ke Langkawi

Posing di hari jadi ke 3

marissa is 3

Posing kat kek di kedai kek

Jaga adik sementara tunggu boarding

Tuesday, September 17, 2013

Report Kad Mukhrizz & Marissa

Buku biru yang selalu Mummy amat gerun waktu sekolah dulu adalah report card!
Bukan takut sebab tak lulus exam atau dapat pen merah, tapi sebab tak dapat no. 1....
Bila dah dapat no. 1, kena pastikan semua subjek A, or at least no.1 hingga 3 di dalam darjah...
Begitu lah penangan ketegasan mak dan abah Mummy...kalau tak macam tu entah tak jadi orang agaknya..atau mungkin sekarang ni menyesal sebab tak belajar rajin-rajin. 

Sekarang giliran 3M pula merasai alam peperiksaan walaupun masih di usia muda seawal 2 tahun
Ia adalah salah satu cara untuk mengukur perkembangan kognitif,sosial dan  fizikal seseorang kanak-kanak. 

Alhamdulillah Mukhriz dah pandai membaca (English) di awal usia 4 tahun....
Bacaan dalam Bahasa Melayu pula sedang belajar perlahan-lahan...
Mengaji Iqra' pun Mummy telah praktikkan dari awal...sekarang tengah belajar baris dua dan hafalan surah lazim

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar Mukhriz di sekolah
Banyak pujian yang diberikan dan banyak A dari segi kemahiran membaca, menulis dan mewarna.
Bagi segi daya tumpuan juga, Teacher Latifah kata, Mukhriz dapat tumpu lebih lama berbandaing kanak-kanak lain. 

=)...Mummy harus berbangga kerana salah satu sebab adalah kerana hasil Titisan Rahmat Susu Ibu !

Bila tengok report card dan kertas soalan ujian, rasa lega sebab tak sangka Mukhriz dapat lakukannya dengan baik. 
Antara kemahiran yang di uji adalah seperti berikut (ecewahhh ada gaya-gaya cikgu tak) : 

1.Social/Emotional development
2. Physical development
3. Language development
4. Cognitive/mental development
5.Art and Craft

Dalam cognitif/mental development, mereka diuji untuk mengenal :

Perbezaan Kecil dan Besar
Perbezaan Bentuk
Mengenal Nombor
Mengenal huruf
Mengenal warna
Cut and paste

Dari kacamata Mummy, Muhkriz lebih menguasai kepada kemahiran kognitif sementara art and craft, agak kurang sikit walaupun ada kesungguhan dalam melakukanya. 
Biasalah budak-budak lelaki, akan ada comot-comot sikit kalau buat kerja. 
Main sukahati tampal asal lekat. hehehe...

Marissa, lebih sukakan art and craft, muzik, menyanyi menari. 
Kalau kemahiran macamni memang Marissa dapat A ! 

Antara lagu kegemaran Marissa :
  • Hello teacher Good Morning
  • Twinkle-Twinkle Little Star
  • Happy Birthday to you
  • Allah selamatkan Kamu
  • Ikan kekek mak iloi-iloi
  • A,B, C...1,2,3
  • Sayang..apa khabar denganmu.... ( hihih lagu ni pun dia boleh layan...)

Okay...jom tengok hasil reportcard mereka



 


Ni Mukhriz punya...ada dapat A, ada dapat B..

.


Big and Small.....okay dapat 100%

Mengenal nombor dapat 100% juga

Shapes and colors- sekarang kalau mewarna dah tau ikut bentuk lukisan tu..kalau tak dulu, warna keluar dari lukisan, main hentam je...Ya, mewarna juga perlukan kemahiran yer ibu-ibu... =)




 Okay kita tunggu pula hasil ujian untuk year end nanti macamana pulak

Belajar rajin-rajin yer Abang dan kakak...! 


posted from Bloggeroid

Saturday, July 27, 2013

RAMADHAN PERTAMA MIFZAL RIZQI



Assalamualaikum & Happy fasting
Alhamdulillah, sekejap je dah masuk 18Ramadhan1434H..kesibukan yang melanda kehidupan mami umpama keretapi laju Jepun  JR-Maglev

Ini merupakan Ramadhan pertama Mifzal di kala usia 3 bulan.
Abang Mukhrizz 4 tahun 5bulan
Kakak Marissa 2 tahun 6bulan

So far,  meriah sikit la Ramadhan kali ini...macam biasalah kalau waktu nak berbuka 3M pun busy juga itu dan ini...

Rutin harian Mummy bangun seawal 445 pagi untuk bersahur dan bersiap2 barang untuk 3M ke sekolah.

7.30 -hantar 3M ke Boondamama
745 - Bergerak ke office
4.30 - Balik Office
5.00 - Bazar Ramadhan/ Masak
530 - Pick up 3M dari bondamama
600 - Preparation for iftar
730 - Iftar, solat
9.00 - siapkan barang untuk 3M, Kemas dapur dll
1000- Tidur

huh...memang singkat sangat masa...pejam celik,pejam celik dah nak menghampiri Syawal tak lama lagi

Okay jom layan gambar 3M semasa Ramadhan tahun ini...


Hai geng!...jom solat terawikh !



Jangan tinggal puasa yer kawan-kawan!






posted from Bloggeroid

Thursday, June 13, 2013

M&M Kembali ke sekolah bersama Baby M..

Apabila mummy kembali bekerja, maka...malaikat kecilku terpaksa di hantar ke pusat jagaan. 

Berat rasa hati tapi apakan daya, demi mencari rezki utk mereka ku tabahkan jua hati ini..chewahhh!

Seperti biasa, Mukrizz dan Marissa akan ke School Bondamama..mereka sangat excited nak belajar dan bermain bersama kawan2..maklumlah 2 bulan cuti..teman mummy berpantang..hihihi

Ok..dah 3!    Semua akan tanya berapa kos hantar 3 orang anak? eee bnyaknyerr nak kena bayar...kenapa tak ambil maid? Ok..thnaks yer kepada yang sangat concern.. 

Bagi mummy toddler better dihantar ke taska sebagai permulaan develop skill motor, physical dll..

Tapi utk baby memang sangat kesian jika dihantar ke taska kerana dalam usia sangat kecil, perlu berkongsi dengan baby yang lain..

Masa Mukhriz dan Marissa dulu pun mummy hantar ke rumah babysitter selepas mummy kembali bekerja. Tapi Baby Mifzal, Mummy hantar juga ke taska ini sebab ada abang dan kakak sekali..& alhamdulillah hanya dia seorang sahaja baby di situ..ada 2orng lagi baby pun dah besar 7 bulan ke atas.., teacher yang jaga pun ramai.

Ni aktiviti M&M sepanjang di school :


Storry telling! ( tgk ecca tu ...tak concentrate..)




Playing outside...! 
Gadis ini suka sangat main buai!
Lajuu... lajuu...... buai ku laju..aku nk kawen dengan anak raja...katenyer!



Makan time ! 

Selain daripada tu, mereka di ajar cara interact sesama sendiri, colouring, reading, toilet training ,  swimming 2 kali seminggu, music class, mandarin class...




Ni buku aktiviti baby  sepanjang berada di taska itu...so boleh tau bila time baby mandi, tido berapa lama, poo poo, wee weee, dan yg paling penting masa dia menyusu !
Well done teacher !


Okay dah terjawab kenapa Mummy hantar 3M ke sini kan...daripada 3M duduk rumah dgn bibik....mengadap dinding rumah, tgk tv, makan,  tido, so better hantar ke school ! 

Setiap anak kan ada rezeki masing-masing..Allah turunkan rezeki kepada mereka dan kepada ibu bapanya...
Hope Allah sentiasa beri perlindungan kepada mereka semua - My little 3M!


posted from Bloggeroid

Friday, June 22, 2012

IKLAN

Dalam banyak-banyak iklan, mummy tetiba perasan rupanya Marissa ni suka sangat dengan iklan Dequadin!
 
Haiyakkkkkkkkk ....yang ada orang tengah karate tu...

habis semua org kena karate..hik hik

kalau dia dalam bilik, cepat2 keluar bilik nk tgk kat tv iklan tu...
kalau Marissa kat atas katil pun, cepat-cepat, terkocoh -kocoh juga dia menuruni katil sambil memuncungkan mulut sbb terdengar iklan tu dari tv di ruang tamu...haaaaaa

mungkin sbb iklan tu ada suara orang cakap HAIYAKKKKKKKKK...!!!

pastu last2 iklan tu pulak ada animasi bunga2 lebah bergerak camni ...sbb dequadin herbal kan

tapi yg ni versi orng tengah kawat pun dia suka gak tapi takde dah iklan ni sekarang kat tv

apa yg best sgt ntah?

selain iklan tu, iklan Oreo dan 
Iklan Friskies 

pun adik suka juger...sambil tonyoh-tonyoh skrin tv...dah la tv tu touch skrin adik oi...kan dah off !!!

heeee