Salam Lovely M..!
Tak lama lagi Ramdhan bakal menjelang...so Mummy nak kongsi tips untuk persediaan bagi Mummy2 yang menyusukan untuk berpuasa. Alhamdulillah selama berkahwin mummy puasa penuh..hope tahun ni juga begitu...preggy dan bf sangat membantu ..Thanks Allah
Here's are the tips...
1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur... hingga menjelang imsak.
2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi
air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh
menarik air daripada sel.
3. Ibu yang menyusukan bayi amat
digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia
berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga
merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan
nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu.
4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada
badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan dan
oat.
7. Elakkan minuman berkafein dan bergas
8. Lebihkan direct feeding dan sesi mengepam pada waktu malam atau lakukan serentak.
9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikanm,
ayamm, itik daging. Pastikan juga pengambilan kalsium yang mencukupi.
10. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan
yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil
suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
11. Jangan
berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu
keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu
yang akan dihasilkan.
Thursday, June 20, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Selamat Pengntin Baru Acik Faris & Cik Liza
1 Jun 2013 - Majlis persandingan Acik Faris, adik papa di Dewan Gemalasari Risda, Jalan Ampang.
Majlis pernikahan sebelah Aunty Liza telah dibuat awal pada bulan 1 aritu di Kelantan.
Memandangkan masa itu mummy sedang sarat 9 bulan mengandungkan Rizqi, maka mummy dan M&M tidak dapat meraikan hari bersejarah mereka...cuma sekalung doa dikirimkan dari jauh...
Okay mari kita layan gambar kenangan di sekitar majlis itu berlangsung...!

Little Flower Girls...Puteri, Fasihah & Marissa

Kalau nak tau, di dewan ni juga pada 31 Mei 2009 yang lalu adalah
merupakan tempat Papa dan Mummy bersanding di sebelah family Ampang ..!
Kira di sinilah upacara menyambut menantu pada majlis perkahwinan papamummy dahulu.
Waktu itu, papamummy memakai baju dan tema warna Purple !
Nanti mummy tunjuk gambar perkahwinan mummy kat sini yer!
Ni la Abang dan Kakak Reezqi...

Family 69
Baby Rezzqi masa ni beruumur 1+ bulan ...lagi 3 hari nak dekat 2 bulan...
To Pak Andak & Mak Andak, Congratulations on your marriage..
posted from Bloggeroid
FATHER'S DAY 2013
Happy Fathers Day Papa, and to all fathers in the world...!
This card is specially made for u ...with love..
Thursday, June 13, 2013
M&M Kembali ke sekolah bersama Baby M..
Apabila mummy kembali bekerja, maka...malaikat kecilku terpaksa di hantar ke pusat jagaan.
Berat rasa hati tapi apakan daya, demi mencari rezki utk mereka ku tabahkan jua hati ini..chewahhh!
Seperti biasa, Mukrizz dan Marissa akan ke School Bondamama..mereka sangat excited nak belajar dan bermain bersama kawan2..maklumlah 2 bulan cuti..teman mummy berpantang..hihihi
Ok..dah 3! Semua akan tanya berapa kos hantar 3 orang anak? eee bnyaknyerr nak kena bayar...kenapa tak ambil maid? Ok..thnaks yer kepada yang sangat concern..
Bagi mummy toddler better dihantar ke taska sebagai permulaan develop skill motor, physical dll..
Tapi utk baby memang sangat kesian jika dihantar ke taska kerana dalam usia sangat kecil, perlu berkongsi dengan baby yang lain..
Masa Mukhriz dan Marissa dulu pun mummy hantar ke rumah babysitter selepas mummy kembali bekerja. Tapi Baby Mifzal, Mummy hantar juga ke taska ini sebab ada abang dan kakak sekali..& alhamdulillah hanya dia seorang sahaja baby di situ..ada 2orng lagi baby pun dah besar 7 bulan ke atas.., teacher yang jaga pun ramai.
Ni aktiviti M&M sepanjang di school :

Storry telling! ( tgk ecca tu ...tak concentrate..)

Playing outside...!
Gadis ini suka sangat main buai!
Lajuu... lajuu...... buai ku laju..aku nk kawen dengan anak raja...katenyer!

Makan time !
Selain daripada tu, mereka di ajar cara interact sesama sendiri, colouring, reading, toilet training , swimming 2 kali seminggu, music class, mandarin class...

Ni buku aktiviti baby sepanjang berada di taska itu...so boleh tau bila time baby mandi, tido berapa lama, poo poo, wee weee, dan yg paling penting masa dia menyusu !
Well done teacher !
Okay dah terjawab kenapa Mummy hantar 3M ke sini kan...daripada 3M duduk rumah dgn bibik....mengadap dinding rumah, tgk tv, makan, tido, so better hantar ke school !
Setiap anak kan ada rezeki masing-masing..Allah turunkan rezeki kepada mereka dan kepada ibu bapanya...
Hope Allah sentiasa beri perlindungan kepada mereka semua - My little 3M!
Labels:
MARISSA,
mifzal rizqi,
NURSERY,
SCHOOL
44 hari !
Start dari 3 April 2013, berikut adalah tarikh2 penting selepas bersalin untuk rujukan Mummy:
44 hari - 16 May 2013
60 hari - 1 Jun 2013
100 hari - 11 Julai 2013
Hari2 itu adalah penting untuk rujukan hari berpantang dari segi pemakanan dan aktiviti harian.
Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia juga membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.
1.
Urutan -
Matlamat utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
---> Mummy start berurut pada hari ke 3 selepas kelahiran di Ampang rumah Tokwan. Tukang urut adalah Makcik Leha yg tinggal di Ampang Indah. Bagi mummy, cara urutan beliau agak ok la berbanding sebelum ni...sangat best dan segar! Dia dulu nurse di sepital gomen..kalau sesiapa berhampiran Ampang nak berurut dengan makcik ni, sgt recommended ! Ni no telefon makcik leha tu :
Makcik Leha Urut Ampang : 017-2026499
Semasa kelahiran Marissa, mummy berurut di Ampang juga tp dengan tukang urut yang berlainan. Makcik X ni berurut agak unik sebab menggunakan lulur ..heh! memang licin n superb la badan kaki tangan sume kena gosok sental ngan lulur beras kunyit daun limau yang dia buat sendiri....sambil menyental tu dia urut la juga seluruh badan..
Masa berpantagkan Mukhrizz, mummy berurut di Tg Malim dengan isteri ustaz skolah Kay Jo..blh tahan bnyk cerita plak makcik tu...tp sonok dengar dia mengomel pasal suami dia..kikikiii Semua sessi berurut ni dijalankan selama 3 hari berturut2 diikuti urutan penutup selepas pantang nanti..tapi mummy tak buat pun berurut lepas pantang..
Minyak herbanika Nona Roguy nih minyak feveret Mummy sebab sangat segar bila memakainya..terasa hangat dan segar!
2. Bertunku
Tujuannya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertunku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.
Mummy bertungku setiap pagi selepas bangun tido dan malam sebelum tido...Batu panas itu dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal sebelum diletakkan di tempat bertungku.
3. Berbengkung
Rawatan ini tidak seharusnya ditinggalkan. Untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ramping, berbengkung adalah jawapan yang tepat. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketka waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfungsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.
Ya, mummy praktikkan ini utk menjaga bentuk badan..kena mempunyai kesabaran dan disiplin yang tinggi ! pagi sampai malam pakai tak missed..huhu panasnyerrr
4. Mandi Rempah Ratus
Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah jambu batu,
lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh dan
temulawak. Selain daripada itu isi halia dan lengkuas turut digunakan.
Antara lain anda juga juga perlu mandi bunga supaya dapat mengekalkan
kesegaran tubuh dan menaikkan seri wajah.
Air mandi ni Tokwan yang buatkan...best mandi daun2 nih...sangat wangi. Sekarang ni terdapat juga pek mandian utk ibu selepas bersalin. Senang, juz masukkan ke dalam air panas dan sedia utk mandi.
Mummy amalkan mandi air suam sehingga habis pantang...selain dari tu, mak beritahu setiap pagi kena basuh rambut supaya segar dan rambut perlu diikat tinggi atas kepala untuk mengelakkan sakit kepala. Semasa tido, bantal hendaklah tinggi supaya kepala tinggi daripada badan. Kaki hendaklah rapat dan semasa awal berpantang elakkan tidur mengiring..haduiii seksa mak,nak!
5. Memakai Param dan
Pilis
Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan
pening dan mata rabun. Kebaikan memakai param pula ialah dapat
menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat
mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah. Mummy tak pakai pun bendalah param nih..hihi..
6. Minum Jamu
Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, melawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan dan menyegarkan tubuh.Yang ni Mummy skip makan sampai lepas pantang sebab baby jaundis..
Antara amalan berpantang turun termurun dari Mak oleh Embah ialah:
1. Pakai stokin sepanjang masa berpantang, baju lengan panjang...Rambut ikat tinggi..
2.Jangan membaca semasa dlm pantang nanti cepat rabun.
3. Jangan minum air sejuk, ais utk elakkan perut buncit
4. Jangan makan makanan berangin, sejuk, tajam.
5. Jangan tido mengiring semasa minggu awal kelahiran
6. Tinggikan bantal semasa tidur.
7. Baby jangan dicium semasa sedang tidur atau apabila dia poo poo
8.Jangan cium mulut baby, nanti bimbang selera makannya berkurang.
9. Waktu manghrib/senja, jangan tinggalkan baby sendirian, pangku baby ketika azan Manghrib atau ketika guruh.
10. Elakkan orang dtg melawat baby ketika malam hari. Jika bapanya/sesiapa keluar pada waktu malam, jgn terus datang dan pegang baby.
11. Sendawakan baby selepas beri minum susu.
12. Sekiranya baby sakit perut disebabkan kolik, junjung baby di atas kepala supaya bahagian perutnya tertindih dengan hujung kepala kita.
13. Selepas mandi, sapukan Minyak Telon pada perut, belakang badan dan betis baby utk mengelakkan kolik. Juga urutkan pada betis belakang baby sekiranya mengalami kolik iaitu sakit perut akibat angin.
14. Selepas mandi, tiup perlahan telinga kiri kanan dan tuttt tuttt baby...ntah tak tau kenapa..ikut je la..maybe kat telinga tu supaya air yg masuk dapat keluar semula.
15. Tuam perut baby dengan tuam yang dibuat sendiri iaitu beras, lada hitam dan bla..bla..dedulu masa adik2 kecil, mummy tgk mak panaskan tuam tu menggunakan api pelita..but now mummy panaskan tuam tu dengan seterika je..hihi moden tak? asalkan panas sudaaa
16. Ibu dalam pantang hendaklah menjaga ibu jari kaki daripada tersepak sebarang objek..utk mengelak daripada bentan.
17. Jangan angkat barangan berat..supaya rahim tetap pada kedudukannya.
18. Makan banyak halia, lada hitam dan makan yang boleh memanaskan badan. Tapi sekiranya baby mengalami jaundis, ibu perlu elakkan makanan panas atau kurangkan sedikit pengambilan makanan tersebut.
19. Antara makanan yang paling digemari dan menjadi tradisi keluarga apabila berpantang ialah ikan bilis digoreng tanpa minyak dan ditumbuk bersama lada hitam...buat stok seminggu dan simpan dalam bekas kedap udara. Sangat yummy dimakan dengan nasi panas !
20. Makan nasi tidak boleh ditambah dua kali. so sekali senduk tu agak2 kalau lauk sedap, senduk la nasik banyak2..hehe..ok tak?
21. Jagan makan kuah dan makan bersulam air, bimbang jika peranakan kembang..huh entahla
22. Sesetengah orang tua akan beritahu supaya menyusukan baby di kedua2 belah payudara kerana payudara sebelah kanan terletaknya makanan baby, manakala sebelah kiri adalah minuman. haaa ! yg ni mummy tidak setuju kerana dari apa yang mummy belajar dan dari hasil bacaan, ibu perlu menyusukan baby di sebelah payudara sehingga habis, kemudian barulah bertukar ke sebelah kiri pula sekiranya baby tersebut masih mahu meneruskan penyusuan kerana di awal hisapan susu terletak nya hindmil dan foremilk. Hindmilk adalah cecair khasiat yang diperlukan oleh bayi dan foremilk terletaknya lemak yang berkhasiat. That why bayi perlukan kedua2 khasiat tersebut di sebelah payudara dahulu, kemudian barulah bertukar ke sebelah yg lain.
23. Jangan juntaikan kaki ke bawah seperti duduk di atas kerusi..so kalau duduk tu hendaklah dalam keadaan kaki berlunjur. Amalan ini utk elakkan betis kaki jadi besar kerana air dan darah turun ke kaki.
Okay itu lah sahaja setakat ini..panjang sgt dah...hope M&M akan jadikan amalan yg mummy tulis ni sebagai panduan apabila dewasa kelak. Kekalkan amalan tradisi ini supaya dapat manfaatnya apabila tua nanti. Mana yang relevan tu boleh la ikut, dan mana yang tidak relevan dan terdapat bukti kukuh disebaliknya,tidak perlulah dibuat.
Tata...!
Friday, June 07, 2013
Back to office !
Hello Love !
Pejam celik, pejam celik...dah 60 hari mummy melahirkan Rizqi...
So tiba masanya mummy have to go to work...
60 hari adalah pada 1 June Sabtu, so Isnin 3 June la start kerja...
Bermula la rutin baru dengan penambahan seorang lagi malaikat kecilku..super duper bz!
Seperti biasa, kelengkapan wajib yang hendak dibawa adalah beg,beg beg, dan beg !!
haaa macam2 jenis beg ada..excuse me kalau lif tu muat utk mummy sorang je..hihihi
Mummy pakai helmet so tak dengar dah apa yg dia bebelkan...

- Beg Pam Susu
- Cooler Bag- utk simpan susu
- Handbag
- helmet + jaket
- ++ barang2 shopping...( kalau ada)
Mummy pakai helmet so tak dengar dah apa yg dia bebelkan...
Masuk2 office jer dah kena gi course risk and compliance ngan Kekna...weehaaa makan freee!!
Kalau duduk kat tempat pun...tetiba blur tak tau mana satu kerja nak kena buat dulu...ayoh bermalasan ke course...! tapi tak boleh la nak malas sgt sbb ada exam plak..pengsan !

Ni fail yang berlambak atas meja...apa yang perlu di buat pun tak tau..so mari cuci mata dengan fail ijau...!! Mood : Lemau
Bila dah refresh balik, baru aura kerja datang ...so taraaaa..to do list yang perlu di 'do' kan !!
Happy working everyone...
posted from Bloggeroid
Friday, May 03, 2013
Detik pertama kelahiran Mifzal Rizqi
Haluu & salam 1malaysia...heee sgt semangat kenegaraan..
Almaklumlah x lama lagi kita akan mengundi...
Flashback masa kelahiran babyriz pun, di saat PM Najib baru nk bubar parlimen, lepas bubar jer, baru terasa contraction utk baby keluar...
So, Inilah catatan kronologi detik kelahiran babyriz untuk kenangan mummy dan anak cucu nanti...
2 April 2013
Hari ini merupakn last check up dengan Dr.Zalina at 38 weeks usia kandungan.
Bukaan dah 2cm and menurut Dr.mmg telah contraction walaupun mummy tidak merasa lagi kesakitan itu.
Tekanan darah ketika itu terlalu tinggi sampai machine check bp tu x dpt nk membaca sebarang bacaan..! At last stlh 3kali cuba bacaan adalah 157/93..
Ohh..mungkin terlalu nervous sbb Dr. suruh bersalin pada hari itu juga dan mlm semalam x dpt tidur sebab kepanasan...
So Dr. Decide supaya mummy admit ward utk pantau tekanan darah...
1.30 -br dapat masuk wad sebab full..time tu pulak apsh tgh buat renovation.
So masuk obsevation room 2 dlm wad labour room. Soh, relaks satu hari, tgk tv, n sempat baca surah2 utk memudahkn bersalin..mlm tu , papa temankan mummy tido sementara abg dan kakak ada di kondo bersama atuk n tokma.
Masa duduk wad tu macam2 mummy dengar, org sakit nk bersalin la, baby baru lahir, baby menangis nak susu...sgt excited n tunggu bila la nk bersalin sbb nurse asyik tanya x sakit lg ke kak? Mummy hanya menggeleng sambil nurse sibuk membuat ctg pd baby
3 April 2013
830 a.m - masuk labour room.
Sblm tu sempat amalkn petua mkn telur mentah + kopi panas+ madu utk memudahkan bersalin. Mak kata cubalah minum sebab kawan dia dulu pun ada bgtau mcmtu..so telan sambil tutup hidung...arkkk!

Ni la labour room 1 di ampang puteri...sangat besar dan selesa

Lepas tukar bj hospital dan segala...maka tunggu lah masa dan detik utk bersalin..
Sambil tu sempat habiskn surah yasin dan mariam
Dlm bilik ni boleh nampak rumah kita..terubatla kerinduan pd kakak dan abg setelah 1 hari x tido sama..huu..doakan mummy yer!
Sempat posing sebelum bersalin...kenangan semasa perut besar and the baby still inside!
11.10 -sister dtg pecahkn ketuban dan pada ketika itu bukaan baru 4 cm..
Mumy still relaks dan tidak sakit lagi...so tgk la tv dlm labouroom masa tu pukul 1130 PM tgh nk bubarkn parlimen.
11.50- start sakit dan mummy berusaha utk berjihad dengan melalui proses bersalin yang sangat indah dan nikmat sebagai seorang wanita...
12.41- lahirlah permata hati yang ketiga.Alhamdulillah ...Allah permudahkan tanpa melalui proses yang panjang dan lama..syukur..
Tangisanmu merupakan satu rahmat buat mummy...
Ni gambar sejurus selepas lahir...fresh from my womb! Semasa Dr. Meletakkan baby di atas perut mummy, masih terasa hangat lagi badan n kulit baby ketika itu..mummy sempat memegang jari jemari kaki dan terasa mulus dan suci ciptaan Allah.!
Dr. Memberi kesempatan kpd Papa utk potong tali pusat baby dan selepas itu, baby terus diletakkan di atas badan (skin to skin) mummy utk di breast feed ...
After an hour baru baby di bawa ke nursery utk dibersihkan dan diperiksa darah,skor apgar dll
3.00 - masuk wad 505...sementara itu, tokma, atuk, marissa dan mukhriz tlh sampai utk tgk baby baru sblm m&m dibawa blk ke tg mlm...huhuhu

Kenangan selepas bersalin..gemokk! Heee
4 Apri 2013
3.00 pm- discharge dr hospital dan terus ke rumah tokwan ampang dan start berpantang sebelum blk tgmlm pada jumaat 6 april...
rindu sangat pada mukhrizz da marissa!
X sabar nak blk...
Ok ...sekian sahaja buat kali ini
Chiow!

Subscribe to:
Posts (Atom)