Pages

Showing posts with label mifzal rizqi. Show all posts
Showing posts with label mifzal rizqi. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

PRODUCT REVIEW : CARA PENGGUNAAN MAGIC BABY BULLET

Dear Mummies, Which would you rather feed your baby?

Homemade puree or ready made babyfood? erkkk..Think !

Sangat berbeza warna  makanan yang fresh dengan yang telah di botolkan

Bukan susah nak buat homamde puree carrot..dengan Magic Baby Bullet, lebih mudah dan cepat !

MGB - how it works...

The Batch Bowl

Batch BowlWhen it's time to make large portions of fresh, all-natural baby food, it's time for the Batchbowl!

Using the Batchbowl is as easy as 1, 2, 3!


  1. Twist the revolutionary Baby Blend Blade onto the bottom of the Batchbowl.
  2. Add your ingredients into the Batchbowl.
  3. Push and twist.




And in just a few seconds, you'll have a perfectly blended purée that baby is going to devour! Plus, as baby grows into more textured foods, simply push and pulse to achieve the perfect consistency every time!

 

Short CupThe Short Cup

When it's time to turn the family dinner into baby's dinner - or any time you are looking to make a smaller portion of baby food - it's time for the Short Cup
Using the Short Cup is as easy as 1, 2, 3!
  1. Add your ingredients into the Short Cup and twist on the Baby Blend Blade.
  2. Place the cup onto the Power Base.
  3. Push and twist.

It couldn't be easier to make fresh, all-natural, preservative free baby food in seconds!

 

Milling BladeThe Milling Blade

The Baby Bullet's amazing milling blade turns whole grains, rice and oats into the freshest cereals that money can buy - and for just pennies a serving!
  1. Add the desired amount of rice or grains into the Short Cup.
  2. Twist on the Milling Blade.
  3. Place the Short Cup onto the Power Base and twist to start grinding.
  4. Grind until you've achieved a fine powder.


Date Dial Storage CupsDate Dial Storage Cups

The Baby Bullet Storage System includes 6 of the all-new Storage Cups with our exclusive Date Dial System - so you always know EXACTLY when your food was made so you know EXACTLY how fresh it is. Simply fill the cup with baby food, twist the Date Dial to the preparation date and store in the refrigerator or freezer. It couldn't be easier!


  1. Twist the Baby Blend Blade on to the bottom of the Batchbowl.
  2. Add the ingredients to the Batchbowl and close the lid.
  3. Purée until you have achieved the proper smoothness.

PRODUCT REVIEW : MAGIC BABY BULLET






Salam 1 Malaysia
Harini nk review pasal mesin pengisar makanan bayi ajaib..
Memang alat ni ada dalam senarai wishlist mummy apabila BabyRizqi dah start solid food.
Akhirnya papa yang surprise kan Mummy beli MBB ni dan membuat penghantaran ke office.
 
Harga pasaran : 300 ++
Harga Promosi di FB : 130
Harga Groupon : 99.00

Yahooo akhirnya dapat juga blender idaman dan memudahkan kerja.
Almaklumlah blender sedia ada dah bau bawang dan segala macam, kesian plak nk kisar makanan baby dalam tu. (Alasan nk blender baru..)
Sebenarnya blender ni khas unuk mengisar makanan baby dan lengkap dengan tempat penyimpanan makanan selama satu minggu.
Tapi Mummy masak hari-hari makanan baby dan simpan dalam bekas yang lengkap dengan date dial system...woww sangat..hihi
Selain tu ada juga buku resepi, kelengkapan nutrien baby mengikut bulan, jenis makanan yang alerrgic dan macam-macam lagi untuk rujukan.
Sangat berbaloi membeli. Senang juga nak menghangkut untuk travel ke mana2 waima balik kampung. 



Baby Bullet yang comel untuk si comel




Lepas kisar, letakkan di dalam bekas kecil yang siap dengan tray untuk memudahkan penyimpanan



Hasil kisaran yang sangat smooth sesuai untuk puri. Spatula juga ada diberikan, senang untuk mencedok puri keluar dari batchbowl...
Result : A happy baby ! =)

Dalam 5 Bintang, Mummy boleh bagi 4 bintang untuk kegunaan barang ini.
Disebabkan baru je guna, so tak tau lagi apa kelemahan yang akan datang..harap2 boleh bertahan lama...

Sangat recommended kepada para-para ibu yang ingin menyediakan makanan baby seawal 6 bulan dengan lebih mudah dan efisyen..

Selamat menyediakan makanan baby yang bersih dan sihat !




  posted from Bloggeroid

Thursday, September 05, 2013

SELAMAT 5 BULAN MIFZAL RIZQI !



Alhamdulillah,
Baby Rizqi dah 5 bulan
Cabaran lagi 1 bulan journey untuk Exclusive Breastfeeding
Dah pandai senyum, ketawa, gelak besar,
Dah pandai meniarap dan pusing ke kiri dan kanan
Sangat teruja dengan makanan ... asalkan orang makan, meleleh air liur
Pantang disuap, akan disambar dengan gelojoh...
siap tangan memegang kuat si penyuap ..
Tapi...masih belum belum belum boleh makan anakku !
perut kamu masih belum tersedia enzim khusus utk mencernakan pelbagai makanan
Hanya SUSU IBU sahaja yang perlu dan sangat ekslusive untuk perut comelmu

Di entry lain Mummy akan ceritakan mengapa Jangan untuk kesemua makanan bagi bayi di bawah 6 bulan
Susah untuk dimengertikan oleh orang lain yang menggesa Mummy memberi makanan awal...
Biarlah mereka, yang penting Mummy tahu dan cukup ilmu untuk itu semua..
Mummy janji akan berikan yang terbaik untuk kesemua little M mummy..

Semoga sihat sentiasa, bijak dan cerdas!



posted from Bloggeroid

Thursday, August 22, 2013

Manjaku

Ini kisah budak pandai yang manja
Bila cuti lama sangat, bajet dia yang paling penting dalam segala-galanya
kena selalu belai,dukung, peluk,  cium tapi aku tidak kisah pun!
Siap ! bila kembali ke rumah kedua, nikmat itu tidak dapat mummy penuhi sebagaimana selalu, apabila kita berdua...
Jangan kau cari mummy di situ kerana mummy tiada,
Jangan kamu jerit  minta susu kerana mummy telah bekalkan yang segar dan sejukbeku
Jangan kamu minta lebih perhatian kerana mummy bimbang kamu akan hampa kerana tidak diulit seperti biasa
Jangan risau wahai si manja, 
Janji aku, kamu akan selamat dan tenang semasa mummy tiada
Janji aku, kamu akan tidak lapar, tidak dahaga, tidak sentiasa basah dan rapi sempurna
Walau mummy tidak ada...
Aku janji, akan aku pastikan kamu baik baik sahaja...
Jangan risau sayangku..aku sayang kamu hingga ke syurga...
Ingatlah di hati bahawa Mummy sentiasa di hati menemani...





posted from Bloggeroid

Saturday, July 27, 2013

RAMADHAN PERTAMA MIFZAL RIZQI



Assalamualaikum & Happy fasting
Alhamdulillah, sekejap je dah masuk 18Ramadhan1434H..kesibukan yang melanda kehidupan mami umpama keretapi laju Jepun  JR-Maglev

Ini merupakan Ramadhan pertama Mifzal di kala usia 3 bulan.
Abang Mukhrizz 4 tahun 5bulan
Kakak Marissa 2 tahun 6bulan

So far,  meriah sikit la Ramadhan kali ini...macam biasalah kalau waktu nak berbuka 3M pun busy juga itu dan ini...

Rutin harian Mummy bangun seawal 445 pagi untuk bersahur dan bersiap2 barang untuk 3M ke sekolah.

7.30 -hantar 3M ke Boondamama
745 - Bergerak ke office
4.30 - Balik Office
5.00 - Bazar Ramadhan/ Masak
530 - Pick up 3M dari bondamama
600 - Preparation for iftar
730 - Iftar, solat
9.00 - siapkan barang untuk 3M, Kemas dapur dll
1000- Tidur

huh...memang singkat sangat masa...pejam celik,pejam celik dah nak menghampiri Syawal tak lama lagi

Okay jom layan gambar 3M semasa Ramadhan tahun ini...


Hai geng!...jom solat terawikh !



Jangan tinggal puasa yer kawan-kawan!






posted from Bloggeroid

Thursday, June 13, 2013

M&M Kembali ke sekolah bersama Baby M..

Apabila mummy kembali bekerja, maka...malaikat kecilku terpaksa di hantar ke pusat jagaan. 

Berat rasa hati tapi apakan daya, demi mencari rezki utk mereka ku tabahkan jua hati ini..chewahhh!

Seperti biasa, Mukrizz dan Marissa akan ke School Bondamama..mereka sangat excited nak belajar dan bermain bersama kawan2..maklumlah 2 bulan cuti..teman mummy berpantang..hihihi

Ok..dah 3!    Semua akan tanya berapa kos hantar 3 orang anak? eee bnyaknyerr nak kena bayar...kenapa tak ambil maid? Ok..thnaks yer kepada yang sangat concern.. 

Bagi mummy toddler better dihantar ke taska sebagai permulaan develop skill motor, physical dll..

Tapi utk baby memang sangat kesian jika dihantar ke taska kerana dalam usia sangat kecil, perlu berkongsi dengan baby yang lain..

Masa Mukhriz dan Marissa dulu pun mummy hantar ke rumah babysitter selepas mummy kembali bekerja. Tapi Baby Mifzal, Mummy hantar juga ke taska ini sebab ada abang dan kakak sekali..& alhamdulillah hanya dia seorang sahaja baby di situ..ada 2orng lagi baby pun dah besar 7 bulan ke atas.., teacher yang jaga pun ramai.

Ni aktiviti M&M sepanjang di school :


Storry telling! ( tgk ecca tu ...tak concentrate..)




Playing outside...! 
Gadis ini suka sangat main buai!
Lajuu... lajuu...... buai ku laju..aku nk kawen dengan anak raja...katenyer!



Makan time ! 

Selain daripada tu, mereka di ajar cara interact sesama sendiri, colouring, reading, toilet training ,  swimming 2 kali seminggu, music class, mandarin class...




Ni buku aktiviti baby  sepanjang berada di taska itu...so boleh tau bila time baby mandi, tido berapa lama, poo poo, wee weee, dan yg paling penting masa dia menyusu !
Well done teacher !


Okay dah terjawab kenapa Mummy hantar 3M ke sini kan...daripada 3M duduk rumah dgn bibik....mengadap dinding rumah, tgk tv, makan,  tido, so better hantar ke school ! 

Setiap anak kan ada rezeki masing-masing..Allah turunkan rezeki kepada mereka dan kepada ibu bapanya...
Hope Allah sentiasa beri perlindungan kepada mereka semua - My little 3M!


posted from Bloggeroid

Friday, May 03, 2013

Detik pertama kelahiran Mifzal Rizqi

Haluu & salam 1malaysia...heee sgt semangat kenegaraan..
Almaklumlah x lama lagi kita akan mengundi...
Flashback masa kelahiran babyriz pun, di saat PM Najib baru nk bubar parlimen, lepas bubar jer, baru terasa contraction utk baby keluar...

So, Inilah catatan kronologi detik kelahiran babyriz untuk kenangan mummy dan anak cucu nanti...

2 April 2013

Hari ini merupakn last check up dengan Dr.Zalina at 38 weeks usia kandungan.
Bukaan dah 2cm and menurut Dr.mmg telah contraction walaupun mummy tidak merasa lagi kesakitan itu.
Tekanan darah ketika itu terlalu tinggi sampai machine check bp tu x dpt nk membaca sebarang bacaan..! At last stlh 3kali cuba bacaan adalah 157/93..
Ohh..mungkin terlalu nervous sbb Dr. suruh bersalin pada hari itu juga dan mlm semalam x dpt tidur sebab kepanasan...
So Dr. Decide supaya mummy admit ward utk pantau tekanan darah...

1.30 -br dapat masuk wad sebab full..time tu pulak apsh tgh buat renovation.
So masuk obsevation room 2 dlm wad labour room. Soh, relaks satu hari, tgk tv, n sempat baca surah2 utk memudahkn bersalin..mlm tu , papa temankan mummy tido sementara abg dan kakak ada di kondo bersama atuk n tokma.

Masa duduk wad tu macam2 mummy dengar, org sakit nk bersalin la, baby baru lahir, baby menangis nak susu...sgt excited n tunggu bila la nk bersalin sbb nurse asyik tanya x sakit lg ke kak? Mummy hanya menggeleng sambil nurse sibuk membuat ctg pd baby


3 April 2013

830 a.m - masuk labour room.
Sblm tu sempat amalkn petua mkn telur mentah + kopi panas+ madu utk memudahkan bersalin. Mak kata cubalah minum sebab kawan dia dulu pun ada bgtau mcmtu..so telan sambil tutup hidung...arkkk!


Ni la labour room 1 di ampang puteri...sangat besar dan selesa




Lepas tukar bj hospital dan segala...maka tunggu lah masa dan detik utk bersalin..
Sambil tu sempat habiskn surah yasin dan mariam


Dlm bilik ni boleh nampak rumah kita..terubatla kerinduan pd kakak dan abg setelah 1 hari x tido sama..huu..doakan mummy yer!


Sempat posing sebelum bersalin...kenangan semasa perut besar and the baby still inside!

11.10 -sister dtg pecahkn ketuban dan pada ketika itu bukaan baru 4 cm..
Mumy still relaks dan tidak sakit lagi...so tgk la tv dlm labouroom masa tu pukul 1130 PM tgh nk bubarkn parlimen.

11.50- start sakit dan mummy berusaha utk berjihad dengan melalui proses bersalin yang sangat indah dan nikmat sebagai seorang wanita...

12.41- lahirlah permata hati yang ketiga.Alhamdulillah ...Allah permudahkan tanpa melalui proses yang panjang dan lama..syukur..


Tangisanmu merupakan satu rahmat buat mummy...

 Ni gambar sejurus selepas lahir...fresh from my womb! Semasa Dr. Meletakkan baby di atas perut mummy, masih terasa hangat lagi badan n kulit baby ketika itu..mummy sempat memegang jari jemari kaki dan terasa mulus dan suci ciptaan Allah.!

Dr. Memberi kesempatan kpd Papa utk potong tali pusat baby dan selepas itu, baby terus diletakkan di atas badan (skin to skin) mummy utk di breast feed ...

After an hour baru baby di bawa ke nursery utk dibersihkan dan diperiksa darah,skor apgar dll

3.00 - masuk wad 505...sementara itu, tokma, atuk, marissa dan mukhriz tlh sampai utk tgk baby baru sblm m&m dibawa blk ke tg mlm...huhuhu



Kenangan selepas bersalin..gemokk! Heee


4 Apri 2013

3.00 pm- discharge dr hospital dan terus ke rumah tokwan ampang dan start berpantang sebelum blk tgmlm pada jumaat 6 april...
rindu sangat pada mukhrizz da marissa!
X sabar nak blk...

Ok ...sekian sahaja buat kali ini

Chiow!
posted from Bloggeroid