Pages

Showing posts with label NURSERY. Show all posts
Showing posts with label NURSERY. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Report Kad Mukhrizz & Marissa

Buku biru yang selalu Mummy amat gerun waktu sekolah dulu adalah report card!
Bukan takut sebab tak lulus exam atau dapat pen merah, tapi sebab tak dapat no. 1....
Bila dah dapat no. 1, kena pastikan semua subjek A, or at least no.1 hingga 3 di dalam darjah...
Begitu lah penangan ketegasan mak dan abah Mummy...kalau tak macam tu entah tak jadi orang agaknya..atau mungkin sekarang ni menyesal sebab tak belajar rajin-rajin. 

Sekarang giliran 3M pula merasai alam peperiksaan walaupun masih di usia muda seawal 2 tahun
Ia adalah salah satu cara untuk mengukur perkembangan kognitif,sosial dan  fizikal seseorang kanak-kanak. 

Alhamdulillah Mukhriz dah pandai membaca (English) di awal usia 4 tahun....
Bacaan dalam Bahasa Melayu pula sedang belajar perlahan-lahan...
Mengaji Iqra' pun Mummy telah praktikkan dari awal...sekarang tengah belajar baris dua dan hafalan surah lazim

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar Mukhriz di sekolah
Banyak pujian yang diberikan dan banyak A dari segi kemahiran membaca, menulis dan mewarna.
Bagi segi daya tumpuan juga, Teacher Latifah kata, Mukhriz dapat tumpu lebih lama berbandaing kanak-kanak lain. 

=)...Mummy harus berbangga kerana salah satu sebab adalah kerana hasil Titisan Rahmat Susu Ibu !

Bila tengok report card dan kertas soalan ujian, rasa lega sebab tak sangka Mukhriz dapat lakukannya dengan baik. 
Antara kemahiran yang di uji adalah seperti berikut (ecewahhh ada gaya-gaya cikgu tak) : 

1.Social/Emotional development
2. Physical development
3. Language development
4. Cognitive/mental development
5.Art and Craft

Dalam cognitif/mental development, mereka diuji untuk mengenal :

Perbezaan Kecil dan Besar
Perbezaan Bentuk
Mengenal Nombor
Mengenal huruf
Mengenal warna
Cut and paste

Dari kacamata Mummy, Muhkriz lebih menguasai kepada kemahiran kognitif sementara art and craft, agak kurang sikit walaupun ada kesungguhan dalam melakukanya. 
Biasalah budak-budak lelaki, akan ada comot-comot sikit kalau buat kerja. 
Main sukahati tampal asal lekat. hehehe...

Marissa, lebih sukakan art and craft, muzik, menyanyi menari. 
Kalau kemahiran macamni memang Marissa dapat A ! 

Antara lagu kegemaran Marissa :
  • Hello teacher Good Morning
  • Twinkle-Twinkle Little Star
  • Happy Birthday to you
  • Allah selamatkan Kamu
  • Ikan kekek mak iloi-iloi
  • A,B, C...1,2,3
  • Sayang..apa khabar denganmu.... ( hihih lagu ni pun dia boleh layan...)

Okay...jom tengok hasil reportcard mereka



 


Ni Mukhriz punya...ada dapat A, ada dapat B..

.


Big and Small.....okay dapat 100%

Mengenal nombor dapat 100% juga

Shapes and colors- sekarang kalau mewarna dah tau ikut bentuk lukisan tu..kalau tak dulu, warna keluar dari lukisan, main hentam je...Ya, mewarna juga perlukan kemahiran yer ibu-ibu... =)




 Okay kita tunggu pula hasil ujian untuk year end nanti macamana pulak

Belajar rajin-rajin yer Abang dan kakak...! 


posted from Bloggeroid

Thursday, August 22, 2013

Manjaku

Ini kisah budak pandai yang manja
Bila cuti lama sangat, bajet dia yang paling penting dalam segala-galanya
kena selalu belai,dukung, peluk,  cium tapi aku tidak kisah pun!
Siap ! bila kembali ke rumah kedua, nikmat itu tidak dapat mummy penuhi sebagaimana selalu, apabila kita berdua...
Jangan kau cari mummy di situ kerana mummy tiada,
Jangan kamu jerit  minta susu kerana mummy telah bekalkan yang segar dan sejukbeku
Jangan kamu minta lebih perhatian kerana mummy bimbang kamu akan hampa kerana tidak diulit seperti biasa
Jangan risau wahai si manja, 
Janji aku, kamu akan selamat dan tenang semasa mummy tiada
Janji aku, kamu akan tidak lapar, tidak dahaga, tidak sentiasa basah dan rapi sempurna
Walau mummy tidak ada...
Aku janji, akan aku pastikan kamu baik baik sahaja...
Jangan risau sayangku..aku sayang kamu hingga ke syurga...
Ingatlah di hati bahawa Mummy sentiasa di hati menemani...





posted from Bloggeroid

Thursday, June 13, 2013

M&M Kembali ke sekolah bersama Baby M..

Apabila mummy kembali bekerja, maka...malaikat kecilku terpaksa di hantar ke pusat jagaan. 

Berat rasa hati tapi apakan daya, demi mencari rezki utk mereka ku tabahkan jua hati ini..chewahhh!

Seperti biasa, Mukrizz dan Marissa akan ke School Bondamama..mereka sangat excited nak belajar dan bermain bersama kawan2..maklumlah 2 bulan cuti..teman mummy berpantang..hihihi

Ok..dah 3!    Semua akan tanya berapa kos hantar 3 orang anak? eee bnyaknyerr nak kena bayar...kenapa tak ambil maid? Ok..thnaks yer kepada yang sangat concern.. 

Bagi mummy toddler better dihantar ke taska sebagai permulaan develop skill motor, physical dll..

Tapi utk baby memang sangat kesian jika dihantar ke taska kerana dalam usia sangat kecil, perlu berkongsi dengan baby yang lain..

Masa Mukhriz dan Marissa dulu pun mummy hantar ke rumah babysitter selepas mummy kembali bekerja. Tapi Baby Mifzal, Mummy hantar juga ke taska ini sebab ada abang dan kakak sekali..& alhamdulillah hanya dia seorang sahaja baby di situ..ada 2orng lagi baby pun dah besar 7 bulan ke atas.., teacher yang jaga pun ramai.

Ni aktiviti M&M sepanjang di school :


Storry telling! ( tgk ecca tu ...tak concentrate..)




Playing outside...! 
Gadis ini suka sangat main buai!
Lajuu... lajuu...... buai ku laju..aku nk kawen dengan anak raja...katenyer!



Makan time ! 

Selain daripada tu, mereka di ajar cara interact sesama sendiri, colouring, reading, toilet training ,  swimming 2 kali seminggu, music class, mandarin class...




Ni buku aktiviti baby  sepanjang berada di taska itu...so boleh tau bila time baby mandi, tido berapa lama, poo poo, wee weee, dan yg paling penting masa dia menyusu !
Well done teacher !


Okay dah terjawab kenapa Mummy hantar 3M ke sini kan...daripada 3M duduk rumah dgn bibik....mengadap dinding rumah, tgk tv, makan,  tido, so better hantar ke school ! 

Setiap anak kan ada rezeki masing-masing..Allah turunkan rezeki kepada mereka dan kepada ibu bapanya...
Hope Allah sentiasa beri perlindungan kepada mereka semua - My little 3M!


posted from Bloggeroid

Monday, June 04, 2012

NAMA KAWAN...

"Siapa nama kawan Mukhriz kat school..?"

" NADIA ! "

..................eheks..

Mummy, teacher marah adik!

Di suatu malam yg sepi...

Mummy..Mummy..tadi teacher marah adik...
kenapa?
sebab adik nangis..
kenapa adik nangis?
Tapi mukiz dah pujuk adik dah
Lepas tu mukiz marah teacher
macammana mukhriz marah teacher?
macam ni [ sambil buat mata hitam memandang ke atas..tinggal mata putih je hokay]...mukiz buat mata macam momok..
oh...

TEACHER KATA.....


  • Mukhriz sangat menjaga adiknya - so kalau adik nangis dia kan pujuk adik suruh adik diam
  • Kalau nk pegi mana2, Mukhriz akan pimpin tangan adik
  • Kalau tgh main pun dia pegang tangan adik..(oh..camne adik nak main??)
  • Kalau ada org kacau adik mukhriz akan marah
  • Mukhrizz better sebenarnya di dalam kelas ..mungkin dia dah ingt aktiviti dulu yg dia pernah buat kat situ
  • Adik pun ok dah kurang menangis...
  • Masa sports day (actually untuk pre school activity) mukhriz malu nk join activity n tak nak lari..walaubagaimanapun tetap dapat Medal..no. 2..hahah atok kata dapat hadiah sbb malu =p
  • Bila balik school mummy akan tanya teacher macamana Mukhrizz & Marissa, makan nak ke..join activity, nangis ke tidak tapi ....teacher akan kata "OK" everythings is OK"..hmmm..yer ke tak ntah...tapi masa mula2 dulu mmg la adik nangis cari mummy bangun tidur..
  • nway Thanks teacher  !!!

TELAH 1BULAN LITTLE M PERGI SCHOOL

24 April 2012 - Tabahkan hati wahai hati...ini lah dugaan mummy apabila kena hantar Abang Mukhrizz dan Adik Marissa ke taska sepeninggalan mummy mencari rezeki ...sebelum ni mereka di jaga oleh nenek (kawan tokwan) dan apabila nenek pula perlu menjaga cucu n menantu di dlm pantang, mummy n papa nekad utk menghantar M&M ke playschool tersebut..lagipun M&M dah besar..perlu bersosial dan belajar soal kendiri...

1st day hantar tu mmg hati resah gelisah..gundah gulana...macamana M&M kat sana ..menangis ke, nak makan minum ker, boleh tidur ke..minum susu atau tidak? sms dikirim bertalu2 kepada teacher..eheh..nasib la teacher tu..si abang tu menangis lebih2 pulak dari si adik..mungkin dia belum ingt lagi dulu pun dia pernah dihantar ke sana.

Pagi masa hantar tu- adik tak faham lagi apa2..so ikut je la Teacher.., abang pulak nangis  menjerit2 cakap nk ikut mummy pergi work..oh my..meruntun jiwa mummy..huhuh

masa class, teacher kata adik tak boleh berpisah dengan abang...kalau abang takde mesti adik akan menangis carik abang...so adik & abang akan tidur sama2..walaupun sebenarnya abang masuk class Toddlerr 3+..

so kalau classroom activities - adik pula akan ikut abang coloring & singging !! yey!! harap adik pandai sama dengan abang...

waktu balik- derang dah siap2 mandi n teacher akan bancuh siap2 susu untuk minum..

masa waktu balik, adik peluk mummy kuat2 sampai tak nak lepas...sayunya hati..mungkin isyarat supaya jgn tinggal kan dia lagi...kat rumah pulak adik langsung tak nk berenggang dengan mummy...nk mandi makan pun susah sikit..dgn papa pun tak nak..sejak itu...Adik Marissa terus tak nak dengan orang dan fobia kalau org nk dukung dia..kesian adik...

macam tu la hari berikutnya sehinggalah ke hari ini...

tapi hari ini...M&M telah boleh mengadaptasi dengan suasana persekitaran...cuma kadang kala je kalau hantar, mereka akan menangis..si abang tu la yg kuat nangis..hehe..tapi dlam nangis2 tu dia ajak teacher dia main buai dulu sebelum masuk class..bijak bijak

Anakku, ketahuilah...mummy bukan sengaja meninggalkan kalian...mummy amanahkan dan memberi kepecayaan kepada teacher untuk mendidik dan mengajar kalian erti pengenalan kepada kehidupan...hidup bersosial dan berdikari..mummy keluar sebentar mencari rezki untuk keperluan kita sekeluarga...semoga anak2 mummy dapat belajar dengan gembira !!